Amaran kepada Najib daripada Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang, merangkap Timbalan Pengerusi PKR Selangor, jangan cabar PKR kerana PKR sudah bersedia untuk berpilihanraya. Yang paling penting, jangan jadi PENDERHAKA kepada rakyat Selangor!!!Ingatan tersebut diberikan oleh Zuraidah 'Lampir' Kamaruddin apabila Najib Abdul Razak meminta UMNO melipatgandakan usaha mereka untuk merampas Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Dan memandangkan para pemimpin PKR bodoh-bodoh belaka, maka Zuraidah Kamaruddin menanggapi kata-kata Najib itu sebagai usaha untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor dengan cara lompat parti seperti yang ingin diamalkan oleh Anwar Ibrahim, sama ada pada 16 September mahupun pada 16 April di Sarawak.
Walaupun Zuraidah mengatakan, Najib sudah terlalu terdesak untuk mengambil kuasa di Selangor, namun yang duk nampak terdesak sekarang adalah PKR yang sudah pun didedahkan sebagai perompak, pencuri dan lanun besar di Selangor. Isu pasir, isu tanah, isu kadar harga air, pembohongan manifesto dan banyak lagi langsung tidak memberikan kebaikan dan keuntungan kepada PKR.
Rakyat dapat melihat bagaimana PKR yang tersepit terus-menerus berbohong untuk melindungi kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan. Malah pada satu peringkat, Khalid Ibrahim dan seluruh kepimpinan PKR menyatakan, mereka tidak akan ikut membubarkan DUN seandainya Parlimen dibubarkan lebih awal.
Sebabnya mudah... PKR takut kehilangan kuasa dan mereka tidak yakin dapat mempertahankan kuasa yang sedang dinikmati sekarang. Dek kerana itulah, berlaku terlalu banyak ketirisan dan penyelewengan dalam PBT dan Kerajaan Negeri sehingga Khalid Ibrahim terpaksa menggunakan helah undang-undang untuk menutup skandal kewangan yang dilakukannya.
Terbaru adalah pemansuhan dan cubaan melupuskan tugas AFSB sebelum menyerahkan tugas-tugas dan kontrak-kontrak pembersihan kepada kontraktor yang diketahui bukan Melayu tetapi kroni Khalid Ibrahim. Bijaknya PKR ialah, mereka tahu bagaimana untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang walaupun penyelewengan tersebut menyalahi undang-undang serta akta.
Sebahagiannya telah pun didedahkan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock. DAP yang merupakan tuan besar PKR di Selangor telah mempergunakan lesen-lesen dan permit-permit Bumiputera bagi mendapatkan kontrak kerajaan. Walaupun ianya merupakan satu kesalahan dan permit serta lesen tersebut boleh dimansuhkan, namun ia tidak langsung menakutkan DAP dan PKR kerana mereka tahu, mereka boleh lari dengan mudah.
Zuraidah memberikan amaran kepada Najib Abdul Razak. Namun pada masa yang sama, Zuraidah Kamaruddin tidak langsung takut dengan amaran yang diberikan oleh penduduk serta pengundi-pengundi di Ampang. Mak Lampir boleh sahaja mencipta cerita karut kononnya, UMNO-BN akan merampas kuasa seperti yang ingin dilakukan oleh Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim pada 16 September 2008 dan 16 April 2011 di Sarawak. Yang pastinya, rakyat Selangor bukanlah sebodoh seperti yang difikirkan oleh Zuraidah.
Rakyat Selangor sudah faham mengapa air percuma 20 meter padu diberikan dan pada masa yang sama, kerajaan negeri Selangor berpura-pura bergaduh dengan SYABAS tanpa sedikit pun memberitahu bahawa pada 21 meter padu seterusnya, harga yang perlu dibayar oleh pengguna jauh lebih tinggi berbanding sebelum 20 meter padu percuma diberikan.
Kesian Zuraidah... cita-citanya untuk menjadi P.A Menteri Besar Azmin Ali nampaknya semakin jauh meninggalkannya... itu pasallah dia meroyan dan mula bercakap yang bukan-bukan. Sampaikan pesanan Najib kepada UMNO Selangor pun, menjadi fobia dan stigma kepadanya!!!
Memang tepatlah gelaran Mak Lampir kepadanya...


4 comments:
si zuraidah lampir ni dah memang terlebih.... lagi lebih laki nya..dah mengalahkan mayor ampang jaya.. jaga ko... aku lepaskan satu persatu....
Tengok senyum seringai maklampir ni tak selera aku nak makan.....Turn off my day!
SIAPA dia mak cik ni yang nak bagi Amaran pada DS Najib pulak?? Orang PR memanglah tak ada wawasan, tak ada kerja atau agenda apa apa untuk negeri atau negara sebab tu paling suka bila tiba pilihan raya dan mengaku sudah bersedia...menyampah tengok anjing Elizabeth Wong ni..
Adus....UMA terpikat pada senyumannya. Selera orang tua.
Post a Comment