Setiap kali Rosmah Mansor ada program ke luar negara, setiap kali itulah Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang, merangkap Ketua Wanita PKR meroyan sakan. Kali ini, Zuraidah sibukkan pula lawatan Rosmah Mansor ke Turki dan bertanya berapakah belanja Rosmah Mansor ke negara tersebut. Walaupun ada juga asasnya Zuraidah bertanyakan soalan tersebut, namun ada satu lagi soalan yang sepatutnya Zuraidah tanyakan juga.... sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen Ampang, sudah banyak mana duit rakyat yang digunakan untuk membiayainya selaku Ahli Parlimen telah digunakan untuk rakyat dan bukannya untuk Anwar Ibrahim?
Zuraidah Kamaruddin adalah Ahli Parlimen Ampang yang paling bengap dalam sejarah kerusi Parlimen Ampang. Sebagai Ahli Parlimen di kawasan yang paling hampir dengan Kuala Lumpur, Zuraidah mewakili suara rakyat dan penduduk di kawasan terbabit. Bahkan menunjukkan serta membuktikan bahawa Melayu sepertinya boleh bekerja.
Sebaliknya apa yang dilakukan oleh Zuraidah Kamaruddin ialah, dia menjadi penjilat, pengampu dan pembodek yang sangat terkenal. Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, semuanya akan diangguk-angguk. Tetapi apa-apa sahaja yang berlaku kepada penduduk Ampang yang diwakilinya, semuanya masuk telinga kanan dan keluar ke telinga kiri.
Pendek kata, Zuraidah Kamaruddin lebih merupakan inang pengasuh Anwar Ibrahim berbanding Ahli Parlimen Ampang. Setiap sen pendapatan dan perolehannya daripada jawatan Ahli Parlimen Ampang, tidak pernah dibalas dengan setimpal. Sebaliknya yang dilakukan adalah mengungkit benda-benda yang tidak ada kena-mengena langsung dengan nasib penduduk Ampang yang kelihatan amat tidak terbela selepas Ong Tee Kiat dipindahkan ke Parlimen Pandan.
Zuraidah Kamaruddin bagaikan terlupa apa tugasnya yang sebenar sebagai Ahli Parlimen Ampang. Dia keliru sama ada menjadi wanita yang sangat cemburu kepada 'kecantikan', 'keanggunan', 'pengaruh' dan 'kehebatan' Rosmah Mansor, atau sebagai wakil rakyat.
Dia boleh terus memekak tentang Rosmah Mansor dan mempersoalkan tentang perbelanjaan isteri Najib Abdul Razak itu, tetapi Zuraidah juga perlu menjawab, ke mana habis peruntukan Parlimen Ampang dicurahkannya memandangkan setelah lebih 3 tahun, tiada suatu apa pun yang dilakukan oleh Zuraidah di Ampang. Yang duk ada sekarang, hanyalah tinggalan zaman Barisan Nasional saja. Ada tidak ada pun, cumalah billboard yang khabarnya telah didominasi oleh Azmin Ali!!!


2 comments:
nak buat macam mana..rakyat ampang yg pilih..Nasib laaaa...
Orang PKR banyak yg tak berquality..no leadership quality at all..
Yg penting...masyukkkkk
ada aku kisah...
Dok sebok check seluar dalam orang..diri sendiri macam haprak...
zuraidah punya laki..lebih sudu dari kuah.... piii laaaa rasa cakoi nuar tu zuraidah... kalau hang dah taksub sangat... mengong punya olang
Post a Comment