Monday, June 6, 2011

ANAK PEREMPUAN PERDANA MENTERI PUN NAK DIKACAU, HEBAT SUNGGUH!!!

Belum pernah dalam sejarah negara, parti-parti politik begitu berminat dengan anak-anak pemimpin negara. Kalau setakat minat untuk mengumpat, mengata dan menfitnah, itu perkara biasalah. Tetapi apabila parti pembangkang cuba mengatur perkahwinan salah seorang anak Perdana Menteri, ia dilihat sebagai satu perkembangan YANG SANGAT MEMBERANGSANGKAN!

Portal berita utama PAS, Harakah Daily yang konon-kononnya tepat dari sumber, mempersoalkan 'kesudian' Perdana Menteri dan isterinya menerima seorang lelaki bangsawan Kazakhstan, Daniar Nazarbayez.

Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor baru-baru ini ke Amerika Syarikat untuk meraikan anak perempuan mereka, Nooryana Najwa yang mendapat ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari University of Georgetown, Washington. (RUJUK SINI)

Hebatnya Najib, sehinggakan nak berbesan dengan sesiapa pun, menjadi masalah berat kepada parti pembangkang. Sehingga perlu meminta Najib dan isteri memikirkan tentang status Daniar yang dikatakan bakal mengahwini Nooryana Najwa.

Pastinya cerita Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan menjadi cerita baru yang akan digunakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk dijaja-jaja dalam ceramah mereka. Isi kandungannya sudah tentu kita sudah boleh teka.

Perkahwinan yang bersifat diplomatik merupakan sebahagian daripada tradisi perkahwinan di dunia ini. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w turut melakukan perkahwinan diplomatik dalam usaha menyebarkan Islam.

Yang susah nak berkahwin dengan orang luar adalah kaum puak PAS. Kahwin dengan orang Kampuchea pun tak boleh nak kekal. Itu masih lagi kepiah putih bertenggek atas kepala. Kalau pakai songkok, entahlah....

Almaklumlah, kalau Timbalan Presiden pun dari kalangan si tongong bermulut longkang, faham-faham sajalah atitude dan corak pemikiran mereka.... dan pertikaian tentang jodoh Nooryana Najwa anak Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor sudah pun membuktikan betapa hebatnya daya fikir mereka!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template