1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, June 6, 2011

BANYAK MUSANG KULUP DALAM UDA HOLDINGS RUPA-RUPANYA!!!

Monday, June 6, 2011
Apabila Jaafar Abu Hasan 'meletakkan jawatan' dalam kemelut dan skandal UDA Holdings yang membuka mulut beberapa pihak dalam UMNO, maka sebenarnya ia telah membuka ruang yang lebih besar serta tembelang yang selama ini tersorok dan tidak diketahui.

Bagi orang yang sudah biasa dengan 'berita', pastinya berita yang disampaikan tidak akan dibaca sekali lapis, sebaliknya akan membawa mereka ke suatu kawasan gelap yang cuba diselindungkan dengan penyiaran berita berkenaan.

Apabila Nur Jazlan dihentam dengan teruk oleh para 'pejuang Melayu', dan tindakan Jaafar Abu Hassan melepaskan jawatan selaku Pengarah Urusan UDA Holdings, maka bermulalah pendedahan yang lebih besar dibuat, sama ada dari pihak yang menyokong Nur Jazlan, mahupun pihak yang menyokong Jaafar Abu Hasan, apatah lagi yang melihat tanpa sebarang kepentingan, terlebih-lebih lagi pihak pembangkang yang sentiasa mencari kelemahan UMNO dan UDA sebagai agensi kerajaan.

Di sebalik indahnya cerita UDA Holdings tentang tanah di Jalan Sultan Ismail serta BBCC, muncullah cerita di belakang tabir membabitkan Jaafar Abu Hasan.

Jaafar Abu Hasan tidak meletakkan jawatan sebagaimana yang dikatakan, tetapi sebenarnya DIPAKSA MELETAK JAWATAN. Lubang sudah pecah. Perangai sebenar Jaafar Abu Hasan sudah diketahui. Tindakan melibatkan kontraktor dan kepentingan Melayu membabitkan UDA Holdings tidak mampu lagi ditampung, sekalipun Nur Jazlan dibawa masuk ke dalam UDA Holdings.

Pembinaan BBCC sebenarnya mempunyai banyak kepentingan kepada Melayu dan Bumiputera di Kuala Lumpur. Ia seakan-akan mengulangi pembinaan MYDIN di BUNTONG, IPOH yang ditentang oleh kelompok serta persatuan-persatuan perniagaan bukan Bumiputera dengan pelbagai cara termasuklah dengan menggunakan puak Melayu dalam badan itu sendiri... dalam hal ini UDA Holdings.

Sehari dua ini, cerita tentang Jaafar Abu Hasan akan menjadi 'bintang' dalam media alternatif, sama ada yang kelihatan seperti pro-UMNO mahupun yang pro-Pakatan. Lebih-lebih lagi tuntutan GILA yang dikatakan telah dibuat oleh Jaafar Abu Hasan bagi membolehkan dia melepaskan jawatan Pengarah Urusan UDA HOLDINGS.

Yang pastinya, apabila Melayu menggunakan Islam untuk mendapat kuasa seperti yang digunakan oleh kebanyakan pemimpin PAS, memang celakalah mereka semua!

Tapi Melayu yang menggunakan Melayu untuk melindungi KEDURJANAANNYA memang SIAL TUJUH KETURUNANLAH hendaknya!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels