Saksi kedua pendakwaraya dalam kes salah guna kuasa Khir Toyo sebenarnya benar-benar menimbulkan pelbagai persoalan tentang kredibiliti serta status otaknya. Nasir Ismail, yang hanya tamat belajar pada tingkatan satu dan pernah bankrap pada tahun 1998 sehingga 2008, ketika memberikan keterangannya di mahkamah, seperti orang hilang akal. Ada beberapa perkara yang tidak dilaporkan oleh media perdana... Nasir Ismail memberitahu mahkamah bahawa dia telah diberikan cek bernilai RM100,000 dan tunai RM500,000. Dia menerima tunai kerana tidak mempunyai akaun bank.
Bayangkanlah, RM100,000 diberi cek dan RM500,000 diberi tunai... dalam apa-apa juga keadaan sekalipun, biasanya nilai di dalam cek jauh lebih besar berbanding tunai yang diberikan. Jumlahnya pula sedikit. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh pereka laman tamat tingkatan satu itu?
Begitu juga tentang perselisihannya dengan Khir Toyo dalam hal rumah berkenaan. Alasan yang diberikan, kerja-kerja pembaikan tidak dapat disiapkan kerana setiap hari ada tunjuk perasaan. Bagaimanapun, berdasarkan rekod pada 4 Ogos 2009, tidak ada tunjuk perasaan seperti yang didakwa oleh Nasir Ismail.
Sebaliknya ADUN Sekinchan, Ng Swee Lim telah membawa 40 orang pengundi dari Sekinchan dan Sungai Panjang 'melawat' rumah Khir Toyo dengan setiap seorang daripada mereka dikenakan tambang sebanyak RM50.
Perselisihan faham antara Nasir Ismail dengan Khir Toyo sebenarnya berkenaan kerja-kerja penambahbaikan rumah berkenaan. Lebih tepat lagi, perselisihan faham tersebut adalah kerana mutu kerja Nasir Ismail yang tidak memuaskan selain kerana FAKTOR 'VISI DAN MISI' serta SEMANGAT MALAYSIA BOLEH yang sebenarnya wujud dalam khayal Nasir Ismail.
Perselisihan itu tidak memungkinkan 6 juta ringgit dihabiskan untuk pengubahsuaian sebagaimana yang didakwa kerana amat mustahil nilai rumah itu sendiri hampir sama banyak harganya dengan nilai pengubahsuaian.
Kaitan demi kaitan yang dibuat oleh Nasir Ismail sebenarnya menunjukkan ada perkara yang tersembunyi hasil daripada pertentangan dan perselisihan fahamnya dengan Khir Toyo, terutama yang membabitkan pembayaran dan mutu kerja, sebagaimana dia juga berselisih faham dengan seorang lagi bekas pelanggan yang telah memperkenalkannya kepada Khir Toyo sebelum itu.
Hari Isnin nanti, keterangan akan bersambung... episod menarik akan berlaku. Saksi pertama Pendakwaraya barangkali sedang tekun menghafal skrip sepanjang tiga hari ini memandangkan keterangannya sebelum ini sangat bercanggah dan boleh menyebabkan dia terhumban ke dalam penjara kerana menipu dalam keterangan. Manakala Nasir Ismail juga, pastinya mengharapkan benar fakta tentang pertemuannya dengan Khir Toyo serta Zaharah Awang Kechik selain beberapa nama yang lain, selari dengan keterangan yang diberikan kerana setakat ini, keterangannya hanya menyaksikan tahap tingkatan satunya sangat menyerlah!!!


0 comments:
Post a Comment