Nik Abdul Aziz tahu, ramai orang yang akan menempelaknya jikalau dia menyatakan bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan kerana ketidakadilan yang terdapat di dalam draf yang dibentangkan sungguhpun telah ditandatangani oleh KDYMM Sultan Kelantan pada tahun 1993.Lebih-lebih lagi apabila fakta utama Enakmen Jenayah Syariah (II) berkenaan tidak lengkap dan TERGANTUNG dalam bab rogol SERTA TIDAK MENDATANGKAN KEADILAN kepada mangsa rogol.
Bagaimanapun, menyedari ramai yang tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu, maka Nik Abdul Aziz pun mengeluarkan kenyataan membenarkan kata-kata Saifuddin Nasution, si biawak munafik berlidah neraka itu. Kesalahan diletakkan kepada Mahathir yang menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 sehingga 2003.
Kata Nik Abdul Aziz, Mahathir yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan. Yang Nik Abdul Aziz tidak terangkan ialah tentang pertanyaan Mahathir tentang beberapa perkara yang dibangkitkan terutama tentang kelemahan draf enakmen berkenaan. Yang tidak diceritakan juga ialah, Mahathir mencabar Nik Abdul Aziz untuk melaksanakan hudud versi PAS yang menzalimi golongan seperti mangsa rogol dan seandainya baik, Kerajaan Persekutuan akan menurutinya.
Dan yang paling penting, Nik Abdul Aziz tidak mendedahkan surat Mahathir kepadanya yang memperingatkan Nik Abdul Aziz tentang KEADILAN dan bukannya POLITIK semata-mata terutama dalam melaksanakan titah perintah Allah Taala.
Ego Nik Abdul Aziz runtuh apabila seorang lelaki yang digelarkan sebagai MAHAFIRAUN tiba-tiba memperingatkan dia tentang ketidakadilan hudud versi PAS dan persoalan Mahathir bahawa hukum Allah Taala tidak boleh dipermain-mainkan.
Mujurlah Mahathir pantas mengingatkan Nik Abdul Aziz. Besar kemungkinan kalaulah enakmen berkenaan dikuatkuasakan, hari ini Kelantan menjadi negeri pertama yang menggantung undang-undang berkenaan sebab sekarang bukan lagi Negara Islam yang diperjuangkan tetapi Negara Berkebajikan. Sebabnya, ketakutan kepada kejatuhan kuasa dan hilangnya undi pilihanraya mengatasi ketakutan kepada Allah Taala!!!
Perhatikan dan telitikan surat Mahathir kepada Nik Abdul Aziz berhubung perlaksanaan enakmen jenayah syariah (II) Kelantan dan cabaran Mahathir tentang keadilan yang sehingga kini tidak mampu dijawab oleh Nik Abdul Aziz mahupun para pemimpin PAS yang lain!
Siapa sebenarnya yang menghalang hukum hudud versi PAS di Kelantan melainkan keserakahan dan ketamakan kuasa Nik Abdul Aziz serta PAS sendiri!!!
Beretorik sepanjang masa tetapi tidak pernah mahu memikul tanggungjawab dan mengakui kesalahan! Buruk benar perangai orang yang dikatakan ulama tersohor berjenama Tok Guru ini!!!


0 comments:
Post a Comment