Tuesday, June 7, 2011

BILA POLIS MALAYSIA NAK LAYAN PENUNJUK PERASAAN MACAM NI?


7 Julai sudah tidak lama lagi. Pada hari itu, Mat Sabu merancang untuk menggerakkan 300,000 orang manusia berarak di jalan raya dalam apa yang dinamakan sebagai BERSIH 2.0. Dan seperti biasa, perarakan yang akan menyebabkan kesesakan teruk selain mengganggu keamanan awam, termasuklah golongan peniaga Melayu yang berpasar malam di belakang Jalan Tunku Abdul Rahman akan mengharapkan pihak polis memberikan 'kerjasama' kepada mereka.

'Kerjasama' yang dimaksudkan ialah membiarkan mereka berbuat apa-apa sahaja, hatta merosakkan kemudahan awam, mahupun menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya serta prasarana yang lain. 'Kerjasama' yang diberikan bermaksud, mereka dibebaskan untuk berbuat sekehendak hati kerana menurut mereka, demonstrasi adalah dibenarkan di dalam Islam.

Agak menarik ialah, polis Malaysia terutama sekali FRU bertindak dengan cara yang sangat minima untuk meleraikan rusuhan atau demonstrasi jalanan. Bilakah agaknya FRU dan PDRM akan benar-benar bertindak sebagaimana polis-polis anti rusuhan lain di seluruh dunia, termasuklah di Sepanyol seperti yang terdapat di dalam klip video di atas?

Tindakan lebih keras dan tegas perlu dilakukan terhadap golongan pengacau ketenteraman awam yang konon-kononnya bertindak atas nama kebebasan. Malah, kepala demonstrasi itu perlu dihalang daripada memegang sebarang jawatan politik mahupun terlibat dalam politik lagi.

Berdasarkan Kitab Siyasah Syariah tulisan Ibn Taimiyyah, golongan yang melakukan demonstrasi jalanan, wajar dihukum dengan sekeras-kerasnya, manakala ketua-ketua mereka perlu dijatuhi hukuman bunuh. Manakala Al-Ahkam Al-Sulthaniyyah karya Al-Mawardi pula menjatuhkan hukuman bunuh kepada ketua demonstrasi dengan hukuman bunuh dan mayatnya disalib di tepi jalan untuk tempoh beberapa hari. Alasannya ialah gangguan ke atas orang awam jauh lebih besar berbanding manfaat yang diperolehi oleh sekelompok manusia dan ia akan mencetuskan pendurhakaan yang lebih besar kepada negara!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template