IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, June 9, 2011

BOIKOT ASTRO!!! ITU TINDAKAN YANG LEBIH BIJAK DARIPADA MEMEKAK!!!

Thursday, June 9, 2011
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepatutnya tidak hanya mengugut tetapi benar-benar menggerakkan kempen untuk memboikot ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan berikutan caj tidak masuk akal yang dibuat oleh syarikat monopoli tersebut.

ASTRO menaikkan caj langganan bermula pada bulan Julai dengan alasan KENAIKAN KOS!

Sebenarnya rakyat Malaysia tidak perlu lagi melanggan ASTRO berikutan terdapat banyak siaran hiburan tanpa perlu berbayar, terutama sekali menerusi Internet. Setakat hendak menonton rancangan-rancangan yang berulang-ulang, rakyat Malaysia tidak perlu membazirkan duit lebih seratus ringgit sebulan kepada ASTRO.

Itu belum lagi bil menipu yang dibuat oleh ASTRO. Kalau anda perhatikan, langganan dibuat advance sebulan dan anda perlu membayar untuk perkhidmatan yang belum lagi anda perolehi. Bagaimanapun, kegagalan anda untuk membayar akan mengakibatkan perkhidmatan ditamatkan. Pun begitu, baki perkhidmatan yang belum anda terima, tetap juga anda kena bayar.

Apabila sambungan dibuat, dan bil baru anda perolehi, caj yang dikenakan termasuk jugalah perkhidmatan yang tidak diterima ketika pemotongan dilakukan.

Keadaan ini sudah berlarutan semenjak sekian lama. Bagaimanapun, ASTRO kelihatan sangat kebal dan tidak terjejas dengan sebarang tindakan mahupun amaran dari pihak berkuasa. Kementerian Penerangan pula sekadar melepaskan batuk di tangga dalam menangani masalah ASTRO.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia bertindak bijak dengan menolak perkhidmatan ASTRO sekalipun anda mungkin tertarik dengan iklan-iklan serta promosi yang dibuat. Dan untuk menggantikan perkhidmatan ASTRO, anda bolehlah menggunakan WWW.JUSTIN.TV yang bukan sahaja menyajikan tayangan-tayangan gambar hebat, bahkan siaran langsung yang jauh lebih meluas berbanding yang disediakan oleh ASTRO tanpa perlu anda membayar perkhidmatan tambahan selain bil Streamyx atau Unifi anda!!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels