Saturday, June 11, 2011

CAKAP TAK SERUPA BIKIN... DUA-DUA DARAH CINA!!!

Chua Soi Lek dan Lim Kit Siang secara sebulat suara bersetuju ruangan 'Bangsa atau Kaum' yang terdapat di dalam surat-surat pengenalan diri seperti surat beranak dan kad pengenalan, patut dimansuhkan. Kata Kit Siang, dia tidak melihat sebarang keperluan kepada pengenalan bangsa lagi memandangkan ia telah wujud lebih 50 tahun. Seharusnya semua bangsa dikenali sebagai Bangsa Malaysia sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Chua Soi Lek pula berkata, kebanyakan orang sudah tidak melihat kepentingan bangsa lagi. Pendapatnya turut dikongsi oleh Teresa Kok yang menganggap penghapusan kolum tersebut adalah ujian paling getir kepada Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat mewakili PAS pula berkata, Perlembagaan Malaysia sendiri diasaskan daripada bangsa. Secara tidak langsung, menghapuskan terus kolum berkenaan perlu diambil kira dari pelbagai sudut.

Penghapusan pengenalan bangsa di Malaysia merupakan perjuangan para pemimpin Cina. Tidak kira apa parti sekalipun, mereka sepakat dalam hal ini. Namun pada masa yang sama, mereka juga sangat sepakat dalam mengekalkan sekolah Cina, bahasa pengantarnya Mandarin, pengenalan Cina dalam semua sudut dan sektor. Bahkan sangat menentang keras kewujudan sekolah satu aliran.

Secara tidak langsung, mereka sebenarnya ingin MENGHAPUSKAN MELAYU dan menjadikan Melayu sebagai Bangsa Malaysia yang setaraf dengan mereka, tetapi dari satu segi yang lain, mereka juga sangat menjaga kepentingan KECINAAN mereka dengan berpura-pura menyokong Melayu yang condong ke arah perjuangan mereka.

Sebenarnya kewujudan Bangsa Malaysia sudah lama diperjuangkan oleh orang Melayu. Penyata Razak 1956 menggariskan tentang kewujudan Bangsa Malaysia menerusi pendidikan di mana akhirnya sekolah-sekolah yang wujud adalah satu aliran dan penggunaan bahasa pengantar di sekolah adalah Bahasa Melayu.

Siapa sebenarnya yang tidak mahu Bangsa Malaysia walaupun mereka berpura-pura inginkan kewujudan Bangsa Malaysia?

Chua Soi Lek, Lim Kit Siang, Teresa Kok dan pemimpin-pemimpin Cina lain seharusnya memperjuangkan penghapusan sekolah-sekolah aliran Cina, manakala semua anak Cina dan Tamil serta bangsa-bangsa lain menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, manakala bahasa ibunda mereka pula sekadar di rumah.

Selagi ada sekolah-sekolah aliran Cina, anak-anak Cina yang masih tidak faham berbahasa kebangsaan, masih ada tulisan Cina sebagai tulisan utama akhbar-akhbar Cina dan perjuangan kecinaan terus dibuat, maka LUPAKANLAH TENTANG BANGSA MALAYSIA.

Kepelbagaian etnik di Malaysia, tidak bermakna Melayu-Bumiputera perlu mengorbankan segala-galanya yang menjadi hak mereka dan dijamin oleh Perlembagaan Negara. Apa yang kelihatan sekarang ialah, terlalu banyak bahagian Melayu-Bumiputera yang dituntut oleh kaum Cina tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri enggan berkompromi apabila membabitkan bahagian mereka.

BANGSA MALAYSIA? Tidak akan wujud selagi lebih ramai orang Cina fasih berbahasa Cina berbanding Bahasa Kebangsaan!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template