Sunday, June 5, 2011

CUBA CAKAP TERANG-TERANG, NIZAR JAMALUDDIN INI AGAMA APA?

Apa yang dituntut oleh Nizar Jamaluddin, sebenarnya bukan baru. Nizar bercakap tetapi lidahnya milik orang lain. Tuntutan agar Angkatan Tentera Malaysia membubarkan Askar Melayu Diraja sudah lama berkumandang. Pada masa yang sama, tuntutan turut dibuat agar jawatan tertinggi Angkatan Tentera dibuka ruang kepada kaum bukan Melayu, turut disuarakan.

Blog Sungai Rapat Online memperincikan tentang ceramah Nizar Jamaluddin yang berjanji, seandainya berkuasa, ruang di dalam angkatan tentera Malaysia akan dibuka kepada semua kaum atas nama keadilan tanpa sedikit pun Nizar Jamaluddin menyentuh tentang PERANAN KDYMM Yang Dipertuan Agong sebagai komander tertinggi ATM!

Jawatan-jawatan utama membabitkan pertahanan sehingga setakat ini, masih lagi diperuntukkan kepada Melayu-Islam, walaupun pada peringkat awal penubuhan ATM, ada nama-nama bukan Islam yang menjawat jawatan tertinggi.

Dalam kitab-kitab muktabar yang memperincikan tentang Siyasah Syariah, terdapat beberapa peranan atau jawatan yang tidak boleh diberikan atau diperuntukkan kepada masyarakat bukan Islam dalam sebuah negara yang majoritinya adalah umat Islam. Antara jawatan tersebut termasuklah menteri untuk portfolio seperti baitulmal atau kewangan dan pendidikan. Malah kedudukan atau jawatan utama tidak dibenarkan sama sekali buat bukan Islam dalam pertahanan negara, sekalipun mereka dibenarkan menjadi sebahagian daripada anggota tentera.

Biarpun Bani Ghadir merupakan sebahagian daripada penduduk Madinah serta menguasai banyak bidang di Madinah, Nabi s.a.w tidak pernah melantik wakil-wakil dari suku berkenaan untuk menjadi sebahagian daripada anggota tentera Islam Madinah. Dan tindakan Nabi s.a.w itu bertepatan apabila suku Yahudi itu membeloti umat Islam Madinah dengan menghasut Quraisy Makkah untuk melancarkan serangan dengan janji pergabungan mereka dengan Quraisy serta suku-suku Arab lain yang memusuhi Nabi s.a.w dan umat Islam.

Apa yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin tidak ubah seperti penghasut yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salul atau pun Nina Katu dalam sejarah Melaka. Di sebalik mulutnya yang sentiasa menuturkan tentang Islam, apatah lagi mewakili parti Islam kononnya, tindakan dan fikirannya jauh tersasar daripada ajaran Islam.

Nizar Jamaluddin pernah menimbulkan kontroversi menerusi sembahyang lilin untuk memperingati atau menghormati roh Teoh Beng Hock mengikut tradisi Khatolik Malaysia.

Dan seperti yang sering diperingatkan, Nizar Jamaluddin seharusnya memberikan dalil tentang perlunya orang bukan Islam menjawat jawatan tertinggi angkatan tentera sama ada dari kitab-kitab muktabar mahupun dari al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Kalau pangkat prebet pun tak mampu menarik penyertaan seramai mungkin anggota masyarakat bukan Melayu-Bumiputera, atas kapasiti apa golongan berkenaan menjawat jawatan utama ATM?

Sepatutnya DAP yang mendalangi Nizar Jamaluddin menjelaskan mengapa agaknya Singapura tidak mempunyai juruterbang Melayu, sama ada helikopter, kapalterbang biasa mahupun pesawat pejuang? Mengapa agaknya Singapura 'tidak membenarkan' orang Melayu atau Islam berada dalam unit Kereta Kebal yang seringkali membuat latihan di Israel?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template