Setelah merogol institusi masjid, setelah menghalau orang Melayu dari Pulau Pinang, setelah mematikan perniagaan kecil orang Melayu dan setelah memastikan kuasa ekonomi domestik orang Melayu-Bumiputera di Pulau Pinang, DAP akhirnya tidak bersembunyi lagi untuk menghancurkan Perlembagaan Malaysia. Hak memberi biasiswa adalah hak kerajaan. Manakala hak menerima biasiswa pula adalah hak Melayu-Bumiputera. Itu yang wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Tetapi DAP mahu biasiswa diberikan kepada semua atas alasan semua orang mempunyai hak yang sama.
Apa yang berlaku sekarang ialah perogolan dan pemerkosaan apa-apa sahaja hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada bangsa Bumiputera. Imigran seperti DAP mahu segala-galanya menjadi milik mereka tetapi pada masa yang sama, enggan sama sekali berkongsi apa yang mereka miliki dengan kaum Bumiputera.
Perhatikan bagaimana DAP sendiri melindungi kawasan-kawasan perniagaan kaum mereka dengan tidak membenarkan kemasukan peniaga-peniaga walaupun berstatus kecil Bumiputera. Contohnya seperti di Gunung Rapat, Ipoh. Hasutan kepada masyarakat dan penduduk sekitar, tidak membenarkan pembinaan bangunan pasar yang baru kerana kuota bumiputera yang diperuntukkan pada bangunan baru pasar berkenaan.
Itu juga yang berlaku di Buntong apabila DAP juga yang menghasut peniaga-peniaga dan persatuan-persatuan perniagaan Cina agar tidak membenarkan Mydin beroperasi di kawasan tersebut.
Kerajaan seharusnya tidak peduli dengan saranan DAP. Apa yang kerajaan lakukan sekarang sebenarnya adalah satu kesilapan besar. Terlalu baik hati, akhirnya baik hati itu jugalah yang membunuh Melayu-Bumiputera. Daripada ingin mengambil hati, akhirnya terpaksa menyerahkan hak Melayu-Bumiputera.
Ia seolah-olah mengulang kembali sejarah jus soli kepada kaum imigran di negara ini!
Sampai bila kerajaan dan UMNO hendak belajar dari sejarah silam?


0 comments:
Post a Comment