Monday, June 6, 2011

DRAMA BERULANG, SKRIP YANG SAMA...

Anwar nak cuba mengheret mahkamah untuk bersidang selama 3 tahun lagi. Walaupun Anwar kata merata-rata tempat bahawa selagi boleh dia ingin mempercepatkan proses perundangan yang menurutnya berat sebelah, tetapi hakikatnya dia sangat takut dengan perbicaraan ini. Jangankan nak mendengar, nak bela diri pun Anwar tak berani langsung.

Seorang pencacainya, Fariz Musa mengatakan keyakinan yang ditunjukkan oleh Nazri Aziz bahawa Anwar Ibrahim akan ke penjara merupakan satu bukti nyata bahawa UMNO adalah dalang di sebalik tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim. (RUJUK SINI)

Cubaan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia berterusan dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Semua bagi mereka adalah fitnah, sedangkan cubaan untuk menunda perbicaraan itu adalah satu hakikat yang memperlihatkan betapa kecut perutnya Anwar apabila menyedari dia memang berada di pihak yang kalah. Bukan kalah kerana konspirasi seperti yang dikatakan oleh pencacainya sebaliknya kerana dia tahu masalah yang sedang dihadapinya adalah masalah dia sendiri.

Petunjuk dari Allah Taala sudah cukup untuk dijadikan bukti. Bukti di dalam video yang dikaitkan dengannya sudah cukup jelas bagaimana Anwar langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan perbuatannya tetapi begitu berani mencabar kebenaran tersebut.

Tidak sahaja enggan melepaskan jawatan yang disandangkan sekarang sebagai tindakan bermaruah, sebaliknya Anwar ke serata pelusuk negeri untuk menghasut rakyat Malaysia agar melakukan kekacauan bagi memudahkan dia menyorok dan menyembunyikan tembelang kemaluan bengkoknya!

Skrip yang sama cuba digunakan oleh Anwar Ibrahim. Dia akan mempertikaikan segala-galanya dalam usaha agar dia tidak perlu membela diri dan segala rahsia yang terkandung daripada perbuatannya terdedah kepada umum. Dari mula lagi dia sudah berjaya dengan proses tunda menunda kes, kini dia akan berusaha agar dia lebih berjaya menimbulkan kebosanan sehingga akhirnya rakyat Malaysia akan menganggap perbicaraan liwatnya hanya setaraf seperti perbicaraan seorang remaja mencuri sebotol air mineral dari Seven Eleven!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template