Saturday, June 11, 2011

ELEH, NIZAR DAP! KAU AJERLAH YANG BOLEH JADI CONTOH!

Nizar Jamaluddin yang kalah dalam cubaannya untuk mendapatkan jawatan Naib Presiden angkara kebodohan pencacainya dalam berkonspirasi mewujudkan kes rasuah wang ke atas Husam Musa, dengan muka tak malu kembali bersuara. Kali ini untuk mendapatkan perhatian, dia menghentam Mahathir yang bukan lagi Perdana Menteri, Presiden UMNO mahupun wakil rakyat.

Nizar Jamaluddin mengulangi kata-kata Nik Abdul Aziz bahawa orang yang menghalang perlaksanaan enakmen syariah (II) Kelantan adalah Mahathir, bukannya Mat Sabu dan Nik Abdul Aziz sendiri.

Buktinya kata Nizar adalah surat 'arahan' daripada Mahathir yang mengancam akan menggunakan pelbagai akta dan peraturan untuk menyekat perlaksanaan undang-undang itu.

Kalau tak berputar belit, tak membohong, bukan Nizarlah. Nizar Jamaluddin pernah terkedu apabila Ketua Pengarah SPRM 'mengusiknya' tentang rumah bernilai RM1.5 juta yang dibelinya. Dan kali ini dengan menggunakan surat yang dikatakan ada dalam simpanan Nik Abdul Aziz, Nizar mengatakan Mahathir bukanlah orang yang boleh diteladani kerana Mahathir adalah penentang undang-undang syariah.

Benarkah seperti yang didakwa oleh Nizar Jamaluddin?

Berdasarkan surat Mahathir kepada Nik Abdul Aziz, ada seperkara yang didedahkan iaitu Mahathir jauh lebih mengerti tentang konsep undang-undang Islam berbanding Nik Abdul Aziz yang cuba mencari populariti untuk melaksanakannya.

Hanya kerana Mat Sabu muncul semula sebagai Timbalan Presiden, cerita tentang Mahathir menentang enakmen undang-undang syariah (II) Kelantan diperdengarkan semula. Mengapa tidak disebut, kisah silam Mat Sabu menyebabkan Nik Abdul Aziz dan keseluruhan PAS terpaksa menelan kahak mereka sendiri.

Atau Nizar sebenarnya tidak tahu pun tentang perkara itu kerana pada waktu kejadian, Nizar Jamaluddin masih belum menjadi ahli PAS, bahkan sedang berusaha untuk menjadi salah seorang pemimpin UMNO Perak?

Cerita sajalah terus terang mengapa Nik Abdul Aziz beria-ia cuba melindungi Mat Sabu yang ditangkap buta bersama bini orang dalam bilik hotel dengan hanya bertuala hijau sedang tersandar ke kepala katil. Walaupun sebelum itu beria-ia dan dengan penuh semangat mengatakan, PAS Kelantan akan tetap melaksanakan enakmen tersebut tetapi kemudiannya senyap selama 4 tahun selepas Mat Sabu ditangkap khalwat.

1 comments:

matpanah on June 12, 2011 6:25 AM said...

Salam,

Manusia meroyan ni dok perasan dia masih 'star', hanya kerana namanya dijulang-julang oleh puak merapu meraban tu di Perak tempoh hari.

Laa, terbukti, dalam parti sendiri, orang tak pandang tara mana pun. Yang dok pandang dia cuma puak DAP Perak. Itu pun sebab dia sanggup sua kepala, tengkok, badan, perut, kaki, sampai ke tumit untuk depa pijak.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template