Tuesday, June 7, 2011

FAEKAH LABELKAN GAPS SEBAGAI BUDAK NAKAL BUAT BISING!!!

Entah apa kena-mengena Gabungan Anti Penyelewengan Selangor dengan masalah tanah TOL di Jalan Batu 3 Sungai Buluh- Jalan Subang dengannya, hanya Faekah sahaja yang mengetahui. Faekah atas kapasitinya selaku Setiausaha Politik yang paling kuat bercita-cita menjadi wakil rakyat, menempelak semua pihak termasuklah Muhyiddin Yassin berhubung rampasan tanah TOL yang menyebabkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan 13 pengusaha tapak semaian atas alasan paip air 'gergasi' yang tertanam di bawah kawasan tersebut.

GAPS dilihat sebagai satu entiti kumpulan yang mendedahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan mengadakan ceramah serta giat berkempen untuk menerangkan kepada rakyat bagaimana Pakatan Rakyat menjarah serta merompak hasil negeri ini.

Mungkin itulah sebabnya Faekah hangat hati. Lebih membimbangkan Faekah ialah lidah Menteri Besarnya sudah kelu selepas mengarahkan Kampung Sungai Kerandang 'dikosongkan' atas alasan tanah hutan simpan.

Beberapa insiden membabitkan Yayasan Selangor juga nampak tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat, terutama penyelewengan, rasuah serta penjarahan yang dilakukan secara berleluasa, terutama dengan sebut harga serta sistem bayaran yang dilihat sangat keterlaluan.

Faekah pada masa yang sama, cuba mempertahankan pembohongan dengan menyatakan Yayasan Selangor tidak mempunyai tanah sebaliknya hanya menguruskan tanah bagi memastikan tiada pembangunan yang tidak sesuai didirikan di kawasan tersebut.

Namun yang paling menarik ialah, apabila Faekah menyatakan Yayasan Selangor tidak pernah menghadapi masalah kewangan memandangkan Yayasan Selangor mempunyai simpanan tetap berjumlah RM50 juta, sedangkan berdasarkan rekod, jumlah yang tersimpan ketika penghujung kerjaya Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor, adalah jauh lebih besar berbanding RM50 juta!

Faekah nak selak kain lagi ke?

Tetapi betul ke GAPS budak-budak nakal yang buat bising saja? Seolah-olah macam peribahasa yang mengatakan GAPS hanyalah KELING KAPAL NAK KARAM?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template