

Tidak ada cara lain bagi Gambit Saifullah, sang pelakon yang kini menjadi pengarah dan tiba-tiba terkenal dengan klip video tiga suku lucahnya membabitkan penyanyi bernama Prema Yin selepas dia menganjing-anjingkan semua pengkritiknya.
Walau apa pun alasan yang diberikan berhubungan penghalalan kelibat lucah melampau di dalam klip video arahannya, Gambit Saifullah sememangnya adalah SPESIES YANG MENJIJIKKAN dan SERBA MEMALUKAN!
Mungkin tarafnya sedikit kurang berbanding Anwar Ibrahim, tetapi kreativiti yang bukan-bukan sebenarnya tidak diperlukan. Dangkal benar pendapat anak muda ini dalam penghasilan karya berkreativiti. Lenggok, nonok, terkangkang, buah dada dan bulu ketiak, masih lagi dianggap pelaris karya.
Walau bagaimanapun, Gambit Saifullah tidak perlu bimbang. Dia hanya perlu mengikut jejak Bob Lokman dengan mengisi borang keahlian PAS dan mula membalut kepala dengan serban dan berjubah. Nak lebih cantik, bawalah tongkat dan mulalah berceramah sambil menyalahkan sistem di negara ini.
Sudah pasti, Gambit akan dipandang mulia, tidak berdosa dan kreativitinya akan disanjung... sama macam Bob Lokman, walaupun bodoh tololnya dalam agama umpama si bebal yang diajar bertahun-tahun masih tidak kenal yang mana satu huruf ta yang mana satu huruf tha, dia tetap dipanggil ustaz dan ada yang menggelarkannya sebagai Ulama Artis....
Lagipun PAS sedang menggila dengan golongan penghibur yang menjadi ahli mereka!


0 comments:
Post a Comment