Seperti yang diramal, Guan Eng akan segera menepis segala fakta yang boleh menjerumuskan dia sebagai orang yang bersalah. Itulah yang berlaku dalam kemelut terbaru di Pulau Pinang apabila sistem pilihanraya diperkenalkan kepada masjid-masjid di seluruh negeri tersebut. Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari menolak pembabitan DAP dalam sistem yang julung-julung kali diperkenalkan di negara ini, bahkan di dunia. Bahkan menurut Zairil, DAP tidak 'mempunyai kuasa' untuk campurtangan dalam hal ehwal umat Islam, sebaliknya keputusan tersebut telah dibuat oleh MAIPP.
Bukan itu sahaja, Zairil turut membandingkan 'bantuan' yang diberikan oleh kerajaan negeri sekarang berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional kepada institusi agama Islam bagi menunjukkan iltizam DAP untuk mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan. Yang tidak diterangkan oleh Zairil ialah, angka-angka yang diberikan oleh DAP sebenarnya turut merangkumi gaji kakitangan dan kos pentadbiran berbanding angka yang melibatkan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang tidak termasuk kos pentadbiran serta pengurusan!
Guan Eng dan baruanya boleh menipu apa sahaja, malah boleh menyalahkan Utusan Malaysia, mahupun orang Melayu secara keseluruhannya, bagaimanapun dari semasa ke semasa, Guan Eng telah membuktikan bahawa pihak yang menipu, berdusta dan memperdayakan orang Melayu serta umat Islam di Pulau Pinang adalah dia sendiri.
Bayangkanlah dua lot tanah kubur Islam pun, Guan Eng mahu rampas sehingga perlu masuk ke mahkamah!
Dan terlebih-lebih buktinya ialah, di mana orang-orang Melayu yang suatu ketika dahulu menghuni perkampungan-perkampungan di atas tanah wakaf di pulau berkenaan? Pernahkah Guan Eng menjawab?
Guan Eng boleh terus menfitnah entiti Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sistem Islam di Pulau Pinang, tetapi dia tidak dapat menutup tembelang dan pembohongannya yang sudah berkali-kali dibuktikan!
Israel tidak memerintah Amerika Syarikat dan tidak menjalankan polisi polis dunia, sebaliknya Israel menjadi tok dalang yang semua Presiden dan pentadbiran Rumah Putih perlu akur!
Itu peranan DAP dan Guan Eng dalam hal ini! Bodoh benarlah Guan Eng kalau dia terang-terangan menunjukkan yang dia terlibat dalam PILIHANRAYA MASJID!
Nafi sajalah... nafi dan terus nafi tetapi pada masa yang sama, bertepuk sorak untuk melihat umat Islam berpecah belah kerana demokrasi bangang!


0 comments:
Post a Comment