Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim secara sinis meminta ahli keluarga Tun Dr. Mahathir membawa bekas Perdana Menteri Malaysia itu untuk menjalani pemeriksaan sama ada otaknya masih waras atau sebaliknya. Semuanya bermula apabila Tun Dr. Mahathir menulis di dalam blognya bahawa MAYAT KARPAL TIDAK PERLU LAGI DILANGKAH kerana PAS telah pun menggugurkan Negara Islam, Hudud dan Qisas sebaliknya menukarnya menjadi Negara Berkebajikan selain menyatakan Hudud dan Qisas hanyalah 0.001% daripada perundangan Islam.
Ternyata, mata pena Tun Dr. Mahathir sangat tajam, sehinggakan BARUA-BARUA seperti Khalil Idham Lim kepanasan dan jadi tidak tentu arah. Biarpun Tun Dr. Mahathir bukan lagi berkuasa, tidak mempunyai sebarang kuasa, mahupun bukannya bertaraf Mursyidul Am, nampaknya setiap tutur katanya amat digeruni oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.
Yang sangat jelas, mereka langsung tidak mampu menyanggah apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir di dalam blognya. Karpal Singh merupakan antara pemimpin DAP yang paling keras menentang Negara Islam, dan beranggapan negara ini adalah sekular selain mahu sistem yang ada sekarang dikekalkan serta ditambah baik.
Karpal Singh tidak pernah mengundurkan kata-katanya walaupun sepatah. Walaupun pada ketika Mursyidul Am PAS cuba membalasnya semula dengan menganggap Karpal tidak tahu kerana belum diberitahu, apa yang berlaku selepas pertemuan Mursyidul Am PAS ialah, Karpal kekal menentang Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sebaliknya, muktamar berikutnya PAS pun mengikut kehendak Karpal Singh dengan menggugurkan perjuangan Negara Islam dan kemudian beralih kepada Negara Berkebajikan dengan mencari dalil-dalil baru.
BARUA-BARUA bangang seperti Khalil Idham Lim sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan dengan menjadikan Mahathir sebagai sasaran hujahnya. Sebabnya, semakin ditekan, Mahathir akan mengeluarkan satu persatu kesilapan dan kesalahan PAS, terutama sekali bab Hudud di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu dilaksanakan ke atas Mat Sabu yang ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita bernama Norma di bilik 121, Hotel Perdana selepas Mahathir mencabar Nik Abdul Aziz untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan!
Seharusnya, para pemimpin PAS mencari jalan untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang rasional Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sehingga perlu diubahsuai perjuangan selama lebih 30 tahun sehingga mengorbankan puluhan nyawa hanya kerana kepercayaan terhadap negara Islam.
Tak perlulah menyalahkan Mahathir kerana perlaksanaan Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan tidak dapat dilaksanakan kerana semua orang tahu, PERSOALAN TENTANG ROGOL DAN ZINA pun masih gagal dijawab dengan sempurna dalam enakmen berkenaan. Bahkan menyalahkan Mahathir, hanya memperlihatkan kedunguan melampau memandangkan di dalam surat 'amaran' Mahathir, diperingatkan kepada Nik Abdul Aziz tentang keadilan undang-undang Islam, sedangkan enakmen berkenaan jelas sekali menzalimi beberapa golongan sekaligus memberi gambaran bahawa Islam adalah sebuah agama yang sangat kejam seandainya perlaksanaan Hudud versi PAS dilaksanakan.
PAS sekarang bukan lagi PAS dahulu. Taktik-taktik BANGANG seperti yang dilakukan oleh Ketua Penerangan PAS Perak itu sebenarnya sudah sangat lapuk dan tidak boleh disesuaikan lagi kerana taktik-taktik sebegitu hanya layak untuk mereka yang bengap, tidak tahu mana satu al Kitab, mana satu al Quran... tidak dapat membezakan antara Al Quran Al-Karim, Al-Quran Al-Majid, Al-Quran Al-Hakim mahupun Al-Furqan!


1 comments:
Salam,
Pertama, mangkuk ini dan mangkuk-mangkuk PAS lainnya tak reti bahasa, jadi mereka tak dapat membaca maksud tersirat tulisan Tun.
Kedua, seboleh mungkin mereka nak alihkan tumpuan orang drp isu asas: PAS LARI DRP DASAR ASALNYA. Jadi, apa saja isu yang boleh dijadikan 'kambing hitam' akan mereka kudakan habis-habisan.
Ketiga, Khalil Idham ni tengah pening sebab momentum sokongan rakyat kat kerajaan BN Perak semakin tampak nyata.
Keempat, dia tak gamak nak suruh Nizar buat mental check-up sdgkan itu sepatutnya...kesian kawan tu, masih dok meroyan...
Post a Comment