Para pencacai Anwar Ibrahim terus meroyan. Kalau yang berstatus pemimpin, sibuk menyalahkan UMNO kononnya UMNO yang mengedarkan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim walaupun vcd-vcd yang didakwa itu hanya 'diterima' oleh pemimpin-pemimpin PKR yang 'terpilih' sahaja seperti Zuraidah Kamaruddin.Manakala sayap PKR iaitu AMK membuat laporan polis agar blogger-blogger yang menyiarkan video berkenaan dikenakan hukuman atas arahan mengedar, sekalipun edaran tidak dilakukan sebaliknya yang dilakukan adalah video tersebut disiarkan dan dikaitkan antara satu sama lain sekaligus menyalahi locus standi kerana tiada sesiapapun yang tahu, di mana puncanya.
Cabaran sahabat blogger, PAPAGOMO dan PARPUKARI kepada Anwar Ibrahim ada kebenarannya. Laporan polis yang dibuat setakat ini hanyalah tentang penyiaran dan edaran tetapi tidak sedikit pun menyentuh tentang 'fitnah' dan 'konspirasi' - dua perkataan yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim - dalam penyebaran tersebut.
Timbul persoalan, mengapa agaknya Anwar Ibrahim sendiri tidak membuat laporan polis tentang penyiaran berkenaan, merujuk kepada pelaku di dalam video berkenaan yang kelihatan sangat seiras dan berwajah serta bertubuh sepertinya? Bukankah itu caranya lebih mudah untuk membersihkan buntut sendiri berbanding melemparkan fitnah terhadap UMNO?
Mengedar dan menyiarkan bahan lucah sememangnya satu kesalahan mengikut undang-undang negara. Namun si pelaku di dalam video tersebut, begitu jelas melanggar moral dan etika sebagai seorang pemimpin dan manusia yang mengaku menganut agama Islam.
Tuduhan membuka aib sebenarnya tidak relevan langsung dengan persoalan tentang integriti serta moraliti pelaku di dalam video seks tersebut. Ia adalah dua perkara yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan. PKR dan Anwar Ibrahim serta konco-konconya dalam Pakatan Rakyat, hanya mampu menekankan tentang kesalahan mengedar dan menyiarkan video tersebut tetapi tidak berani langsung mengecam serta meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap si pelaku di dalam video tersebut yang telah 'menfitnah' Anwar Ibrahim dengan menyerupai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu.
Dan yang pastinya, Anwar Ibrahim serta konco-konconya langsung tidak mampu menjawab tentang si pelaku di dalam video itu. Tidak mampu menjelaskan bagaimana si pelaku berkenaan begitu seiras dan mirip Anwar Ibrahim.
Justeru, menyokong saranan daripada kedua-dua sahabat blogger tersebut, TFK juga mencadangkan agar Anwar Ibrahim membuat laporan polis secara peribadi tentang pelaku di dalam video tersebut dan bukannya menyalahkan pihak lain agar polis dapat mengeluarkan kertas siasatan dan keputusan siasatan secara lebih jelas.


0 comments:
Post a Comment