Suresh Muniandy, 27, (gambar) seorang pencari besi buruk mengaku bersalah kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 8 tahun di tandas Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Kuan, Sekinchan. Akibatnya dia dihukum penjara selama 25 tahun dan disebat sebanyak 15 kali. Cerita selanjutnya DI SINI.
Barangkali kalau Suresh Muniandy adalah Anwar Ibrahim, mungkin dia akan selamat. Bukan sahaja dia mendapat perlepasan dari mahkamah dengan membenarkan penangguhan demi penangguhan serta tunda-menunda kes dengan pelbagai alasan gharib dan melawakkan, bahkan para penyokongnya juga sentiasa menganggap dia tidak bersalah dan tidak boleh didakwa kerana tiada empat saksi mata.
Sepatutnya Suresh Muniandy berkawan baik dengan PAS kerana para pemimpin serta ahli-ahli PAS akan menyediakan hujah-hujah terbaik untuknya melepaskan diri daripada tuduhan berkenaan. Walaupun dia ditangkap oleh abang ipar mangsa serta orang awam, sama seperti video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, tentu sekali ada jalan untuk melepaskan diri iaitu menerusi cerita tentang empat saksi mata.
Kalaupun ada video serta rakaman visual, ia tidak akan boleh dijadikan bukti kerana ia bukannya bukti, menurut kata Presiden PAS.
Sayangnya Suresh Muniandy hanyalah seorang marhein yang menyedari, undang-undang tidak boleh dipermainkan sekalipun dia adalah seorang penjenayah. Apatah lagi dia tidak mempunyai pengaruh untuk membolehkan orang ramai menyokongnya apabila dia melakukan jenayah mahupun kesalahan moral.
Tetapi, bayangkanlah kalau Suresh Muniandy adalah Anwar Ibrahim.....


0 comments:
Post a Comment