Sunday, June 26, 2011

'KAYU API NERAKA' MINTA POLIS JADI BALACI BERSIH 2.0!!!

Lim Kit Siang marah kerana para pemimpin UMNO-BN tidak bersikap 'terbuka' untuk BERSIH 2.0 berbanding BERSIH 2007. Katanya, polis seharusnya ditugaskan untuk mengawal dan memastikan perarakan di tengah-tengah Kuala Lumpur itu, terutama di kawasan perniagaan umat Islam, berjalan lancar dan mengikut kehendak DAP serta CIA.

Apa yang boleh diucapkan ialah KEPALA BAPAK DIA!!!

BERSIH 2.0 sepatutnya dianjurkan dari kawasan Petaling Street atau di kawasan Bukit Bintang. Anehnya, setiap kali demonstrasi hendak diadakan, ia mesti di kawasan sekitar Jalan Melayu, Jalan Tun Perak, Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kawasan di mana orang Melayu dan umat Islam berniaga, meskipun secara kecil-kecilan dan sebagai penjaja.

Belum pernah lagi perarakan atau demonstrasi diadakan di dalam kawasan pekan Cina Petaling Street. Bahkan ketika zaman Reformasi dahulu pun, Jalan Petaling sungguhpun dilalui oleh gelombang Reformasi yang menggila, tidak ada seorang pun yang berani masuk dan memulakan perarakan dari dalam.

Begitu juga di Bukit Bintang.

Kalau benar hujah yang mengatakan demonstrasi tersebut akan memberikan keuntungan serta pulangan yang besar kepada para penjaja, seharusnya ia dilakukan di Petaling Street dan Bukit Bintang. Apatah lagi seperti kata KAYU API NERAKA, perhimpunan tersebut akan menjadi rekod perhimpunan manusia terbesar di Malaysia, seharusnya boleh menarik lebih banyak perhatian dunia jikalau diadakan di Bukit Bintang.

Mengapa kacau di kawasan Melayu dan tidak sesekali berani masuk ke kawasan Cina?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template