Friday, June 10, 2011

KENA GILA KUASA KALAU NAK KE PUTRAJAYA - MAT SABU

Mat Sabu terus menunjukkan belang sebenar pegangannya selepas berjaya menjadi Timbalan Presiden PAS. Dalam usaha untuk membuktikan yang dia jauh lebih baik daripada Nasharuddin Mat Isa, maka terkeluarlah kenyataan-kenyataan yang dianggap boleh menarik serta kontroversi.

Kenyataan terbaru Mat Sabu bahawa PAS perlu GILA KUASA untuk ke Putrajaya, sebenarnya tidaklah kontroversi. Selama ini pun, memang PAS gila kuasa. Kalau tak gila kuasa, PAS tidak akan bersungguh-sungguh menyalahgunakan hukum-hakam Islam. Tidak akan mengeluarkan sebahagian dan menyorok sebahagian.

Seperti juga ASSOBIYYAH yang PAS pertahankan. PAS berpegang teguh kepada 'fatwa' Nik Abdul Aziz dalam masalah ASSOBIYYAH. Walhal, kenyataan yang Nik Abdul Aziz berikan tentang ASSOBIYYAH, menyimpang jauh daripada penjelasan yang RASULULLAH S.A.W berikan.

Dalam menentang ASSOBIYYAH, akhirnya hampir kesemua ahli PAS mengamalkan ASSOBIYYAH tegar apabila memberikan wala' kepada pemimpin-pemimpin mereka serta saling melindungi dan membela salah laku di kalangan mereka sendiri.

Kaitan Mat Sabu dengan agama Syiah begitu jelas pada pendiriannya tentang KUASA dan MEREBUT KUASA. Sama ada disukai atau sebaliknya, SYIAH dimulakan oleh Abdullah bin Saba', si Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a dan kemudian merancang pemberontakan terhadap khalifah itu dengan menyokong Syaidina Ali r.a.

Syaidina Ali r.a sendiri memusuhi Ibn Al-Sauda' dan memeranginya kerana kesesatan yang dilakukan. Bagaimanapun, para pengikut Abdullah bin Saba' kemudiannya mendirikan mazhab Sabaiyyah yang mempertuhankan Ali r.a dalam usaha memecah belahkan umat Islam. Perjuangan mereka ialah KUASA dan untuk mendapatkan KUASA mereka menyatakan hak kekuasaan sebenarnya diwariskan daripada Rasulullah s.a.w kepada Ali r.a dan keturunannya.

Walhal dalam amalan mereka, tidak pernah ada lagi kekuasaan berada di tangan kaum keluarga Ali r.a sekalipun kaum berkenaan berjaya menguasai Iran, Mesir dan sebagainya!

Dan sekarang, Syiah berusaha mendongengkan keberadaan Abdullah bin Saba' dan menjernihkan pegangan mereka kepada KASIH SAYANG KEPADA AHLUL BAIT walaupun mereka kekal dengan pendapat mereka bahawa KUASA adalah sebahagian daripada iman!

Perhatikan dan teliti ucapan Mat Sabu, anda akan dapati, ke mana condongnya akidah Timbalan Presiden PAS itu!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template