Akhirnya mengaku juga Khalid Ibrahim bahawa dia sebenarnya memang NAK BUNUH kontraktor Melayu. 50 daripada 61 kontraktor Melayu sedang diancam kebankrapan dan kematian, tetapi Khalid Ibrahim tanpa rasa bersalah menyatakan bahawa kontrak-kontrak baru sedang dibekukan, bukannya dihapuskan. Menariknya apabila Khalid Ibrahim menyatakan bahawa operasi pengumpulan dan perlupusan sampah di kawasan PBT adalah di bawah Alam Flora. Manakala operasi pembersihan seperti longkang, taman dan sebagainya adalah di bawah jagaan dan pengurusan PBT.
Tahun 2007, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk memindahkan keseluruhan operasi pembersihan dan sisa pepejal kepada Alam Flora Sdn. Bhd setelah masalah sampah meruncing di Selangor. Dan semenjak itu, para kontraktor Kelas F sebenarnya bekerja terus dengan AFSB.
PBT di Selangor tidak terlibat lagi dalam pembersihan dan pelupusan sisa pepejal kerana kerja-kerja tersebut diserahkan kepada AFSB setelah AFSB sebelum 2007 menjalankan kerja berdasarkan bidang kerja iaitu mengambil sampah di dalam tong sampah sahaja. Manakala sampah-sampah di luar tong sampah, termasuklah di dalam longkang bukannya kerja AFSB sebaliknya kerja PBT.
Oleh kerana PBT tidak mempunyai keupayaan untuk menjalankan tugas berkenaan dan rungutan daripada orang ramai semakin memuncak di seluruh Selangor, akhirnya kerja-kerja pembersihan diberikan kepada AFSB. Sehingga tahun lepas, tiada banyak rungutan yang diterima kerana sampah dan pembersihan.
Bagaimanapun, apabila Khalid Ibrahim membuat keputusan untuk membubarkan kerja-kerja AFSB di 5 buah PBT dengan alasan PBT akan mengambilalih kerja-kerja pembersihan, maka bermulalah kemelutnya. Apatah lagi kemelut tersebut turut dikaitkan dengan seorang lagi tukang bagi sewa lori kepada kontraktor-kontraktor Melayu bernama Mr.Mok dari Syarikat Muhibbah yang merupakan orang sebenar yang mengaut untung sepenuhnya daripada tender-tender dan kontrak yang diperolehi oleh Kontraktor Kelas F di seluruh Selangor.
Khalid Ibrahim sedang berusaha bermain-main dengan terma dan frasa. Mengatakan dia tidak tahu bahawa kontraktor pembersihan mendapat kontrak dari PBT dan bukannya AFSB walhal AFSB yang menjalankan tugas pembersihan, hanyalah satu pembohongan yang sangat ketara. Dalam apa-apa hal sekalipun, perjanjian dengan AFSB menunjukkan perlantikan kontraktor sebenarnya masih berada dalam kuasa PBT.
Barangkali Khalid Ibrahim sudah lama tidak makan APAM CINA. Jadi, dia cuba berbohong walaupun pembohongan yang dilakukannya itu sangat memalukan bangsa Melayu dan umat Islam kerana pembohongannya benar-benar memperlihatkan dia sebagai Menteri Besar Selangor terbodoh yang pernah dilahirkan di bumi yang suatu ketika berada di dalam kekuasaan Tun Perak, Bendahara terkenal Melaka pada abad ke-15 dahulu.


0 comments:
Post a Comment