Tuesday, June 7, 2011

LAGI PEMBANTU RUMAH WARGA ASING DIDERA SAMPAI MATI!!!


Seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan telah didera sampai mati. Kejadian berlaku di Petaling Jaya. Polis telah menahan sepasang suami isteri berusia 50-an sebaik-baik sahaja mereka membuat laporan di Balai Polis Sea Park.

Umum mengetahui, golongan manakah yang majoriti tinggal di Sea Park dan kawasan sekitar.

Mangsa berusia 26 tahun, ketika dibedah siasat mendapati ada kecederaan pada bahagian dahi dan tangan. Terdapat juga parut-parut lama pada tubuhnya. Mangsa turut mempunyai kesan kecederaan pada bahagian belakang tubuhnya.

Polis menyiasat kes tersebut apabila mendapat laporan hospital bahawa mangsa mati dalam keadaan mencurigakan. (RUJUK DI SINI)

Kali terakhir berita kematian pembantu rumah yang didera oleh majikan adalah pada tahun 2010 apabila sepasang suami isteri berbangsa India mengurung, membelasah dan memukul Mantik Hani, 36 tahun sehingga nazak sebelum dihantar ke hospital dan meninggal dunia sejurus dimasukkan ke hospital. Kejadian tersebut berlaku di Kelang.

Sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia menguatkuasakan undang-undang melarang pembantu rumah tidak kiralah apa warga sekalipun asalkan beragama Islam daripada bekerja dengan majikan yang bukan beragama Islam. Terlalu banyak penderaan dan pembunuhan yang dilakukan melibatkan pembantu-pembantu rumah warga Indonesia beragama Islam.

Malaysia yang mempunyai 'nasib' jauh lebih baik berbanding Indonesia seharusnya membantu rakyat Indonesia beragama Islam yang tertekan akibat ekonomi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja, asalkan mendatangkan duit dengan menguatkuasakan larangan berdasarkan agama dan amalan beragama.

Apatah lagi kebanyakan pembantu rumah Indonesia lebih senang bekerja dengan majikan bukan beragama Islam terutama sekali Cina dengan alasan, gaji mereka lebih besar berbanding bekerja dengan majikan berbangsa Melayu. Kalau dengan majikan Melayu dan beragama Islam, banyak pula songel dan kerenah tetapi dengan majikan Cina dan India yang bukan beragama Islam, didera sampai mati pun, tak mengapa!

Begitu juga dengan pembantu-pembantu kedai, terutama sekali kedai makan. Bukan sedikit wanita-wanita Indonesia yang bergelumang dengan babi, menyiangnya, memasak, bahkan ada sesetengah yang langsung tidak malu-malu untuk makan daging babi bagi menunjukkan 'ketinggian' status mereka sungguhpun pada masa yang sama, mereka mengaku beragama Islam.

Majikan-majikan yang bukan beragama Islam, seharusnya memilih pembantu rumah selain pembantu-pembantu Indonesia beragama Islam, terutama sekali yang berasal dan datangnya dari Filipina, Vietnam mahupun Kampuchea.

40,000 tenaga kerja Indonesia atau lebih tepat lagi pembantu rumah akan dibawa masuk ke negara ini pada tahun 2011. Berapa ramai pula yang akan didera dan dibunuh oleh majikan mereka? Dan berapa puluh ribu pula pembantu rumah yang masuk secara gelap dan tidak mempunyai sebarang dokumentasi dan kemudian berakhir dengan tragedi yang mengerikan?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template