1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, June 4, 2011

LAGU HANTU YANG DINYANYIKAN OLEH HANTU!!!

Saturday, June 4, 2011

Klip video yang anda tonton dan dengar sekarang adalah nyanyian Alda, seorang penyanyi Indonesia yang membunuh diri pada 12 Disember 2006 di sebuah bilik hotel di Jakarta. Alda atau nama sebenarnya Alda R binti Farid R dipercayai mati akibat mengambil dadah secara berlebihan.

Penyanyi dan pelakon ini, berusia 24 tahun ketika meninggal dunia. Dia lebih popular dengan lagu Aku Tak Biasa, manakala lagu Menanti Kekasih ini khabarnya dirakamkan tiga hari sebelum kematiannya yang tragis.

Sekalipun dikatakan dia meninggal dunia akibat membunuh diri, namun terdapat satu teori lain iaitu dia telah dibunuh oleh seorang wanita bernama Ferry Surya Prakasa, kakak ipar kepada pelakon Ferry Salim.

Walau apa pun cerita tentang penyanyi ini, lagu Menanti Kekasih tidak mungkin akan kita dengar di corong-corong radio kerana liriknya yang mengajak pendengar untuk membunuh diri agar dapat bertukar menjadi PONTIANAK.

Ada beberapa klip video hantu yang dikaitkan dengan Alda, terutama sekali di lokasi hayatnya berakhir.

0 comments:

Blog Archive

Labels