Saturday, June 11, 2011

LAWAK ZAHID HAMIDI LAWAK NAK BAGI MAMPUS!!!

Rupa-rupanya masih ramai pemimpin UMNO yang sedang lena diulit mimpi dan sukar menerima hakikat yang PAS sudah keluar dari kepompong minoriti mereka dan cuba menguasai majoriti. Rupa-rupanya masih ramai pemimpin UMNO yang masih berada pada era 60-an dan 70-an.

Kenyataan Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO bahawa Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS sebagai nasib adalah sesuatu yang sangat melawakkan!

Tiada sebarang kemenangan yang berlaku kerana nasib baik. Apakah Zahid Hamidi ingin menyatakan, kemenangannya sebagai Naib Presiden UMNO juga adalah kerana nasib, bukan kerana lobi, kempen, hulur tarik dan undi perwakilan?

Mat Sabu menang jawatan berkenaan kerana pilihan dan kehendak perwakilan PAS dalam Muktamar Ke-57. PAS sememangnya merancang perjalanan yang lebih meluas dan lebih berkesan berbanding apa yang difikirkan oleh Zahid Hamidi. PAS tidak lagi bergantung kepada ulama sebaliknya bergantung kepada pemimpin-pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum.

Ramai yang percaya, kalaupun Mat Sabu bertanding di Bukit Bintang atau Ipoh Timur sekarang, dia akan menang!

Setelah PAS sekian lama terhalang daripada undi kaum bukan Melayu, pemilihan kali ini menyaksikan perubahan yang sangat drastik termasuklah slogan Negara Islam diubah menjadi Negara Kebajikan. Tindakan yang dilihat lebih mesra kepada kelompok minoriti yang menjadi penentu kuasa majoriti. Apatah lagi majoriti telah berpecah kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR.

Tiada gunanya mengeluarkan kenyataan yang ingin memujuk hati sendiri sedangkan hakikatnya ada di hadapan mata dan sudah pun terbukti.

Yang soheh, seandainya para pemimpin UMNO berterusan mengamalkan sikap seperti yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi, maka tidak mustahil PAS benar-benar mengambilalih tugas UMNO manakala UMNO pula akan mengambilalih tugas pembangkang di Parlimen Malaysia!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template