Lim Kit Siang berada di Sabah dalam usaha untuk memastikan DAP menguasai Sabah sepertimana yang dilakukan di Sarawak. Selepas kemenangan yang meyakinkan di Sarawak menerusi Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, DAP mensasarkan Sabah sebagai kubu kuat yang baru. Di Semenanjung, DAP memang kekal 'berkuasa' di Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Negeri Sembilan. Namun kekuasaan itu sebenarnya tidak mencukupi untuk DAP bagi menguasai sepenuhnya Malaysia.
Sabah merupakan 'simpanan tetap' UMNO-BN. Masuk sahaja DAP, bermakna laluan lebih mudah untuk dua parti pencacainya iaitu PKR dan PAS.
Selama dua minggu, Kit Siang berada di Sabah. Dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kit Siang cuba merintis pengaruh dan keyakinan pengundi terhadap DAP. Serangan dibuat terhadap kawasan-kawasan yang dijangka dapat mengalahkan Barisan Nasional.
Antara kawasan yang menarik Kit Siang adalah Kota Belud. Isu di Kota Belud iaitu Empangan Kampung Tambatuon bernilai RM450 juta yang sedang dalam perancangan pembinaan, digunakan oleh Kit Siang untuk menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama sekali penduduk di empat buah kampung. Keempat-empat buah kampung tersebut akan ditenggelami sekiranya Empangan Kampung Tambatuon dibina.
Ahli Parlimen Kota Belud ialah Abdul Rahman Dahlan dari UMNO. Itu yang paling menarik apabila Kit Siang menjadikan Abdul Rahman Dahlan sebagai sasaran mudahnya. Dia menuduh Abdul Rahman tidak pernah melawat kawasan sepanjang menjadi Ahli Parlimen.
Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Berbanding Abdul Rahman Dahlan, Kit Siang sebenarnya yang boleh keliling satu Malaysia, tetapi baru beberapa kali sahaja pulang ke Ipoh Timur untuk melawat kawasan. Kit Siang boleh berada di Sarawak berminggu-minggu, tetapi Ipoh Timur sangat sukar melihat kemunculannya. Kit Siang boleh berada di Sabah dalam pengembaraan mencari pengaruh dan meletakkan DAP sebagai puncak kuasa, tetapi di Ipoh Timur, kebanyakan masalah akhirnya kembali kepada Zambry Abdul Kadir untuk diselesaikan!
Yang menariknya, Kit Siang tidak peduli pun tentang 70% beras Sabah yang terpaksa diimport dari luar dan pembinaan empangan berkenaan akan memberi faedah kepada industri penanaman padi di Sabah. Sebaliknya Kit Siang sibuk menaikkan sentimen kebencian di kalangan penduduk dengan mengatakan empangan berkenaan akan menghilangkan kawasan penempatan sekalipun belum pernah dalam sejarah, kerajaan tidak memindahkan para penduduk yang terlibat dalam kawasan pembinaan empangan.
Yang pasti ialah Kit Siang sebenarnya SIAL besar kepada negara! Dia tidak peduli dengan kebajikan keseluruhan rakyat sebaliknya hanya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah koloni Singapura menerusi penguasaan DAP secara menyeluruh ke atas negara ini. Kerana itu, dia lebih senang menjadikan wakil-wakil rakyat UMNO atau Bumiputera sebagai sasarannya!!!
Buang dan jatuhkan Bumiputera bermakna mudahlah kerja DAP untuk mengkolonikan Malaysia!!!


1 comments:
Dia tengah buat kebajikan tu..biorler
Post a Comment