Exco Agama Pulau Pinang, Malik Kassim ternyata mempunyai niat buruk terhadap umat Islam dalam memastikan DAP menguasai negeri itu buat selama-lamanya. Setelah pecah tembelang bahawa duit yang diberikan dalam bentuk Wang Ehsan datangnya dari hasil judi, kini Malik Kassim membantu Lim Guan Eng untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam pemakan daging babi di negeri berkenaan. Pesta Coklat yang dianjurkan oleh sebuah syarikat terkenal dari Singapura yang produk utama mereka adalah DAGING BABI SALAI berlangsung dari 3 hingga 5 Jun di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA).
Menariknya daripada 50 gerai yang disediakan hanya 5 buah sahaja yang menjual coklat. Manakala bakinya adalah menjual daging babi dan makanan tidak halal. Penipuan yang dibuat telah memperdayakan para pengunjung yang terdiri daripada umat Islam. Malah ramai dari kalangan bukan Islam yang turut merungut dengan tipu daya tersebut.
Dalam hal ini, Malik Kassim adalah orang yang paling durjana. Jawatannya selaku Exco Agama telah dipergunakan untuk membuatkan orang Islam makan daging babi dari Pesta Coklat. Mungkin dia akan bersilat mengatakan, dia merasmikan program berkenaan atas kapasitinya selaku Exco Perdagangan Dalam Negeri, tetapi sebagai seorang Exco Agama juga, seharusnya Malik Kassim lebih berhati-hati kerana sebarang tindakannya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada umat Islam terutama dengan titlenya, Exco Agama.
Amat mustahil seorang Exco yang bijaksana sepertinya tidak tahu bahawa program tersebut ditaja oleh syarikat dari Singapura yang merupakan pengeluar daging babi salai terkemuka?
Apa yang dilakukan oleh DAP Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng benar-benar menjijikkan. Tidak ada sebarang cara untuk menghalalkan daging babi, sekalipun daging babi tersebut telah melalui proses yang dapat menghilangkan kemudaratan seperti cacing pita dan sebagainya.
Kepada orang Pulau Pinang yang telah memilih DAP sebagai tempat bergantung hidup, diucapkan tahniah! Anda merupakan pemakan daging babi yang tidak lagi berselindung! Bukan senang nak jadi seberani itu!!!



0 comments:
Post a Comment