Semenjak Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS, banyaklah pula cerita yang tak sedap-sedap kedengaran tentang Mat Sabu. Cerita yang sudah hampir dilupakan seperti kisah Bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu pun mula diceritakan secara terperinci, lengkap dengan perlakuan bagaimana Mat Sabu yang hanya bertuala hijau sedang tersandar di kepala katil dalam keadaan keletihan pun, mula dihebahkan. Anehnya, cerita tersebut sebenarnya lebih banyak diceritakan oleh puak-puak PAS berbanding puak-puak UMNO. Barangkali kerana ada kalangan PAS yang masih tidak berpuas hati meskipun kemenangan Mat Sabu adalah atas pilihan para perwakilan PAS sendiri, bukannya atas pilihan Mursyidul Am dan Presiden!
Namun cerita terbaru yang sampai ke pendengaran adalah cerita tentang 'agama sebenar' Mat Sabu. Kononnya Mat Sabu adalah seorang pengikut Syiah tegar. Syiah manhaj mana tidak pula diterangkan, tetapi si pencerita beria-ia memberitahu Mat Sabu sememangnya adalah Syiah yang mempunyai pantang-larang yang tidak sama dengan Sunnah Wal Jamaah.
Sejauh manakah kebenaran cerita berkenaan, tidaklah diketahui sebab antara salah satu perangai Syiah ialah bertaqiyyah atau dalam bahasa yang lebih mudah, berpura-pura serta menyembunyikan Syiah mereka.
Fahaman Syiah secara ringkas adalah berdasarkan kepada masalah politik dan pemilihan kepimpinan. Kepemimpinan atau Walayat merupakan salah satu daripada rukun hidup kaum Syiah. Bagi Syiah, Walayat adalah salah satu daripada wahyu yang disembunyikan oleh para Sahabat r.a bagi mengelakkan Syaidina Ali r.a naik menggantikan Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin ummat.
Atau secara tidak langsung, kaum Syiah percaya, menerusi doktrin Walayat, Nabi Muhammad s.a.w tidak melengkapkan dakwah baginda.... na'uzubillah!!!


0 comments:
Post a Comment