Tuesday, June 7, 2011

MUSANG KULUB BAGI SYARAT-SYARAT UNTUK LETAK JAWATAN!!!

Cerita Jaafar Abu Hassan dan UDA Holdings masih belum selesai. Ada pendedahan yang amat mengejutkan sekaligus memusingkan cerita yang sebelum ini kita dengar dan hebohkan.

Jaafar Abu Hassan rupa-rupanya telah diberhentikan oleh Lembaga Pengarah. Pun begitu, sebelum dia diberhentikan, khabarnya dia telah membuat negotiation untuk dia memberikan surat perletakan jawatan... atau dalam bahasa baiknya berundur dengan cara baik.

Bagaimanapun, surat perletakan jawatan tersebut turut mengandungi syarat-syarat 'aneh'. Jaafar dikatakan meminta agar hutang kad kreditnya RM1 juta dikurangkan separuh oleh UDA Holdings. Manakala kereta yang digunakannya atas kapasiti Pengarah Urusan UDA Holdings pula dijual kepadanya dengan harga RM1000. Jaafar juga menuntut agar tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya sepanjang dia menjadi Pengarah Urusan UDA Holdings. Gajinya perlu dibayar sehingga tamat kontrak pada Mei 2012. UDA Holdings perlu menjual keahlian kelab golf Sungai Long kepadanya dengan harga RM10 ribu.

Namun yang paling menarik adalah dia didakwa meminta agar semua orang yang dilantiknya di UDA Holdings dikekalkan!

UDA Holdings diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu mewujudkan aset Bumiputera di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, sepanjang Jaafar berkhidmat dengan UDA Holdings dikatakan, aset Bumiputera bukan bertambah sebaliknya menurun kerana Jaafar lebih senang berurusan dengan bukan Bumiputera.

Antaranya termasuklah lot-lot kedai yang sepatutnya diisi oleh Bumiputera, diserahkan kepada puak lain. Begitu juga dengan pembangunan yang dijalankan oleh UDA di atas tanah-tanah wakaf di sekitar Kuala Lumpur, turut dikaitkan dengan Jaafar Abu Hassan.

Kita tidak tahu sejauh manakah kebenaran yang terkandung daripada dakwaan-dakwaan berkenaan. Namun dari beberapa sumber memberitahu, ada konspirasi yang bukan kecil berlaku dalam UDA Holdings, menyebabkan ada orang yang bising kerana tidak dapat projek UDA Holdings lantaran syarikatnya kekurangan modal tetapi menggunakan helah Bumiputera untuk mendapat keistimewaan.

Mungkin atas sebab itulah, Jaafar akhirnya dipecat serta-merta oleh Lembaga Pengarahh UDA Holdings.

Musa Syeikh Fadhil tentu ada sebab mengapa dia mengamuk dan meminta agar Nur Jazlan mendedahkan nama syarikat Bumiputera yang dikaitkan dalam kemelut ini!

SPRM sepatutnya sudah mula membuka kertas siasatan berhubung kemelut UDA Holdings dan mendedahkan siapa sebenarnya yang serakah dan siapa sebenarnya yang mempunyai kepentingan dalam BBCC.

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template