Lawak sungguh anak lelaki Kit Siang yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Katanya, rakyat perlu berasa selamat dan sentiasa selamat walaupun kadar jenayah telah menurun. Pada ketika pihak polis sedang hebat menggempur kegiatan jenayah di Pulau Pinang terutama sekali yang membabitkan sindiket dadah dan pelacuran warga China, Guan Eng masih lagi mahu bercerita tentang rakyat perlu selamat dan berasa selamat?
Selamat tengkorak anjing dia!
Pulau Pinang menjadi sarang atau hub jenayah sehingga menjadi sangat terkenal sehingga ke Australia dan New Zealand. Apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng untuk memastikan jenayah dadah dan pelacuran serta pemerdagangan manusia terhenti di Pulau Pinang?
Tidak ada!
Bahkan rumah pelacuran semakin bercambah di Pulau Pinang. Untuk mendapatkan dadah juga sangat mudah. Menariknya, dadah diproses di Pulau Pinang untuk dieksport ke tanah besar, bahkan sehingga ke luar negara.
Barangkali itulah yang Guan Eng maksudkan kejayaannya membawa masuk pelabur-pelabur baru. Pelabur-pelabur yang boleh membuka rumah maksiat dengan bebas dan menjual dadah dengan sempurna.
Dan apabila polis bertindak, konco-konconya mencari jalan untuk mengutuk polis, termasuklah polis menggari dan merantai pelacur-pelacur China serta menanda mereka dengan marker-pen!
Secara tidak langsung, menyalahkan polis kerana cuba memerangi jenayah di Pulau Pinang!
Apa sumbangan Guan Eng selain daripada sibuk nak mengajar orang lain tentang keselamatan dan kadar jenayah?
Memang tepat benarlah cop yang diberikan kepadanya yang dia seorang PENIPU BESAR! Dia menipu sambil mengutuk orang lain, semata-mata untuk melindungi perbuatan buruk dan kelemahan pentadbirannya!!!
Tu pun lambat lepa, orang-orang PAS pakat menyungkur habis di hadapannya. Mujur juga tak ada yang bawa colok dan lima biji limau untuk dapatkan berkat Lim Guan Eng!!!


0 comments:
Post a Comment