Tentu para pembaca masih lagi ingat tentang seorang ADUN DAP yang melanggar seorang pelajar Melayu dalam keadaan mabuk? Pelajar Melayu yang dilanggar itu koma dan sekarang mengalami masalah ingatan. Dan Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan tidak pernah ambil tahu, mahupun meminta maaf selain membiayai perubatan pelajar tersebut sungguhpun memang jelas dia yang melanggar. Anehnya, Ng Swee Lim MENGARAHKAN Tun Mahathir meminta ampun kepada Anwar Ibrahim dan PAS. Alasannya Dr.Mahathir telah menfitnah Anwar Ibrahim melakukan liwat tanpa bukti dan saksi yang mencukupi. Dr. Mahathir juga telah menfitnah PAS.
Cina yang sangat angkuh itu juga mengingatkan Dr. Mahathir agar bertaubat agar tidak dikenakan azab yang maha pedih pada hari akhirat kelak. (BACA DI SINI)
Kelakarnya bunyi!
Mangkuk ini besar kemungkinan telah mendengar atau dinasihati oleh para 'pejuang Islam' PAS. Malangnya nasihat yang diberikan adalah salah sama sekali dan benar-benar bertentangan selain tidak mewujudkan keadilan.
Dalam hukum Islam, ada Hudud, Qisas dan Takzir. Dalam bab liwat dan zina, iqrar atau pengakuan yang dibuat oleh si pelaku serta empat saksi mata akan mensabitkannya dengan hudud. Manakala qarinah, iaitu pembuktian tanpa saksi mata akan menyebabkan si pelaku ditakzir.
Dengan kata lain, si peliwat atau si penzina tidak akan lepas daripada tindakan undang-undang meskipun mereka tidak dihudud. Barangkali mamat Cina nganguk ini tidak pernah diberitahu tentang Takzir dan barangkali juga sebahagian besar ahli-ahli serta pemimpin PAS juga tidak pernah mendengar tentang Takzir selain ada yang tahu, tetapi memang berniat hendak menyelewengkan akidah umat Islam dengan menyembunyikan perkara sebenar.
Anwar Ibrahim telah ditakzir. Dia didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar berdasarkan bukti-bukti dan saksi-saksi yang telah ditampilkan dalam kesnya di mahkamah. Kerajaan telah pun menjalankan tanggungjawab. Soal dia berdosa atau sebaliknya, itu urusan Allah Taala. Manusia tidak ada hak untuk menentukan dosa, pahala, rahmat dan bala.
Yang Cina ni pulak, bila dia akan meminta ampun daripada keluarga pelajar Melayu yang dirempuhnya dalam keadaan mabuk? Sampai bila dia tidak akan masuk campur dalam urusan umat Islam yang dia sendiri tidak faham dan dia sendiri tidak mahu ambil faham?
Mungkin para ahli dan pemimpin PAS kembang punggung apabila Ng Swee Lim menyokong mereka. Namun sekali imbas pun, kita sudah tahu apa motif sebenar Ng Swee Lim mengeluarkan kenyataan tentang konsep halal, haram, pahala, dosa, syurga dan keadilan mengikut versinya!


0 comments:
Post a Comment