Tuesday, June 7, 2011

NIZAR JAMALUDDIN BAKAL SETIAUSAHA AGUNG PAS YANG BARU!!!!

Apabila keputusan pemilihan baru kepimpinan PAS, secara automatik semua jawatan lantikan dalam PAS bagi sesi 2009-2011 terlucut dengan sendirinya. Jawatan Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Pengarah Jabatan Pilihanraya dan enam anggota jawatankuasa pusat selain 12 kerusi AJK Pusat yang telah dipilih, kini kosong.

Mustafa Ali adalah Setiausaha Agung, manakala Ketua Penerangan pula adalah Idris Ahmad. Kedua-dua jawatan ini jauh lebih penting berbanding Pengarah Jabatan Pilihanraya dan enam anggota jawatan kuasa pusat.

Sebenarnya jawatan yang paling hangat dan menjadi rebutan sekarang adalah Setiausaha Agung. Kebencian terhadap Mustafa Ali sebenarnya tidak diselindungkan sebagaimana ahli-ahli PAS Erdogan membenci Nasharudin Mat Isa yang kemudian dilunakkan dengan kata-kata bahawa semua ulama adalah profesional dan semua profesional adalah ulama.

Kemenangan kem Anwarista dalam pucuk pimpinan PAS sekarang, pastinya turut mengasak kedudukan Cikgu Pa. Dan memandangkan team Perak gagal dalam perebutan jawatan ekoran pendedahan fitnah terhadap Husam Musa melibatkan Nizar Jamaluddin, nama bekas Menteri Besar Perak itu disebut-sebut untuk menggantikan Cikgu Pa.

Antara amalan 'terpuji' PAS ialah mengambil hati pemimpin-pemimpin yang kalah agar tidak menimbulkan masalah kepada PAS sendiri. Nizar Jamaluddin seperti yang diketahui mempunyai pengaruh yang besar, terutama dari kalangan masyarakat Cina dan India DAP berikutan sikap terbukanya yang keterlaluan.

PAS memerlukan seorang Setiausaha Agung yang mampu menarik sokongan bukan Islam kepada PAS. Dan dalam keadaan ini, Nizar Jamaluddin adalah calon yang paling sesuai.

Justeru, soksek-soksek tentang Nizar Jamaluddin yang bakal dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Agung PAS menggantikan Cikgu Pas, pasti dapat mengubati hati Nizar yang parah ekoran tumpasnya konspirasinya sendiri!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template