Wednesday, June 1, 2011

PARLIMEN BELIA, SATU LAGI PROJEK UNTUK PAKATAN RAKYAT!!!

Bila Najib Abdul Razak memutuskan untuk mewujudkan Parlimen Belia bagi mendedahkan belia-belia negara ini kepada proses demokrasi yang sebenar, ramai yang menyambut baik. Dan sudah tentulah yang paling gembira dengan penubuhan Parlimen Belia itu adalah pemimpin Pakatan Rakyat.

Setelah bersusah payah menghasut golongan belia terutama yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar universiti, akhirnya hasrat para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR, sudah pun tercapai. Kerja mereka lebih mudah dan lebih halal.

Sedangkan UMNO pula sekadar boleh berbangga kerana telah mewujudkan Parlimen Belia. Pengisian dalam Parlimen Belia tidak akan ke mana-mana, seperti mana yang berlaku dalam agensi-agensi lain seperti KEDA, KESEDAR, KETENGAH dan sebagainya. UMNO hanya menubuhkan tetapi akhirnya yang menguasai adalah puak-puak Pakatan Rakyat.

Parlimen Belia juga bakal menerima nasib yang sama. Kebanyakan pemimpin UMNO hanya aktif apabila mereka hendak meminta jawatan tetapi untuk mengisi tanggungjawab jawatan yang diminta, biasanya mereka tidak ada masa. Masa mereka banyak dihabiskan untuk perkara-perkara lain termasuklah untuk golf!

Tujuan yang baik tetapi bukan untuk UMNO-BN!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template