Apabila terbentuk sahaja barisan kepimpinan PAS yang baru, maka berkokok sakanlah para sekalian monyet dan ungka bahawa UMNO sudah takut dan gementar. Konon-kononnya, Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz dan Salahuddin Ayob akan memberikan satu paradigma kepada PAS dalam usaha mereka untuk menggantikan UMNO di Putrajaya. Persoalannya, benarkah laungan monyet-monyet berkenaan atau ia sekadar untuk menyedapkan hati?
Apa yang akan berlaku, kita tidak tahu. Itu Allah Taala punya kerja. Kita boleh menaruh keyakinan yang ia akan berlaku tetapi kita tidak boleh menyalahkan taqdir atau menyalahkan para pengundi yang masih tidak memilih-milih kita walaupun kita melabelkan mereka sebagai bodoh, tidak mahu berubah, takut berubah dan sebagainya.
Keyakinan PAS menggantikan UMNO bukan keyakinan baru. Dari semenjak Nik Abdul Aziz lahir, dari semenjak Abdul Hadi Awang baru kenal batang pensel, dari semenjak Mahfuz tolak tangga kapal terbang mahupun semasa Mat Sabu kena terajang dari ITM dan tak sempat nak dapat diploma (kelulusan paling cikai), dari situ lagi PAS sudah berazam untuk menggantikan UMNO.
Mula-mula PAS mencuba dengan semangat Nasionalis atau Kebangsaan Melayu. PAS menyokong percantuman Indonesia dan Malaysia untuk membentuk negara Melayu Raya. PAS menyokong pandangan yang mengatakan Tanah Melayu tidak wajar merdeka. Tetapi apabila British melaksanakan dasar kejam dengan melakukan penindasan terhadap nasionalis Melayu yang berpandangan keras, PAS mengubah dasar.
PAS menyokong pula kemerdekaan tetapi tidak menyokong pemberian jawatan-jawatan utama kepada kaum imigran. Tidak juga menyokong hak-hak yang mereka nikmati seperti sekarang ini. Bahkan jauh lebih Melayunya berbanding UMNO yang pemimpinnya pada waktu itu rata-rata lebih orang putih dari orang putih.
Pun tak jalan! PAS tetap gagal mendapat sambutan ramai dan menyeluruh. PAS tukar dasar lagi. 1963, Dewan Ulama PAS menghukum kafir kepada UMNO kerana memberikan hak dan jawatan-jawatan utama kepada pemimpin-pemimpin bukan berbangsa Melayu-Bumiputera dan beragama Islam. Kemuncaknya, berlakulah sistem pentakfiran atau pengkafiran secara besar-besaran terhadap penyokong UMNO.
Helah itu juga tidak jalan. Dan dengan takdir Allah Taala, PAS mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan pada masa lampau walaupun tidak mengikrarkannya menerusi ucapan Abdul Hadi Awang bahawa tiada Negara Islam dalam al Quran, sekaligus menggugurkan segala perjuangan PAS yang terdahulu.
Dan sekarang, PAS tukar konsep lagi... dari Negara Islam menjadi Negara Berkebajikan. Laungan PAS ialah, UMNO dah mula gentar sebab PAS ada kepimpinan baru....
Dari 1951 sehingga sekarang, kepimpinan PAS sentiasa bertukar baru. PAS sentiasa pasang surut sokongan yang diterima. Malangnya, PAS tidak pernah dapat menggantikan UMNO walaupun ramai yang ingin melihat PAS berbuat begitu, terutama dengan perangai sesetengah pemimpin UMNO yang sudah lupa bahawa kaki mesti menjejak tanah, bukannya terapung-apung di udara.
Lebih malang, PAS sebenarnya tiada beza dengan UMNO pun. Dasar Perlembagaan kedua-dua parti 99% sama kecuali penambahan perkataan Islam dalam Perlembagaan PAS. Tang al Quran dan as-Sunnah juga hampir sama disebut kecuali sedikit mainan dan belitan ayat. Tang perlaksanaan juga adalah sama.
Malah lebih sama lagi ialah perangai pemimpin PAS lebih kurang sahaja dengan perangai pemimpin UMNO yang mereka kutuk. Pantang nampak betina dahi licin, sudah mula tongkat kecik tegak walaupun dengan bantuan Viagra. Pantang nampak duit bertimbun, serakahnya mengalahkan naga tak makan beribu-ribu tahun.
Sekarang, PAS berbunyi lagi untuk menggantikan UMNO. Apa jaminan yang PAS jauh lebih baik berbanding UMNO terutama dengan kepimpinan yang boleh dipersoalkan moral dan kredibiliti terutama sekali kalau dilihat daripada rupa Mat Sabu dan Mahfuz Omar....
Ternyata PAS adalah Melayu sejati... Melayu yang kuat angan-angan dan fantasinya. Melayu yang mahu semua orang percaya dengan angan-angannya menjadi kenyataan suatu hari nanti. Melayu yang sangat marah kalau orang gelak-gelakkan fantasi dan angan-angan mereka yang tidak pernah menjejak realiti!


0 comments:
Post a Comment