iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, June 30, 2011

PAS NI MEMANG JENIS BODOH SEJAK AZALI KER?

Thursday, June 30, 2011
PAS bercadang nak ambil tindakan undang-undang ke atas projek nadir bumi Lynas. Sesuatu yang menakjubkan ialah betapa prihatinnya PAS terhadap Lynas dan alam sekitar, tetapi PAS nampaknya tidak tahu apa-apa pun tentang nadir bumi mahupun Lynas itu sendiri.

Cerita tentang Lynas sebenarnya telah dipolitikkan dengan begitu teruk. Penjelasan dan taklimat tentang Lynas dan nadir bumi telah dibuat semenjak 2008 dan tiada sebarang bantahan pada waktu itu. Hanya setelah Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang bermusuhan dengan Azmin Ali buat kecoh, barulah semua buka mata. Itu pun selepas berlakunya kebocoran radiasi di Jepun akibat tsunami dan gempa bumi.

Menariknya nadir bumi dan Lynas digambarkan sebagai loji nuklear, walhal ia tidak ada kena-mengena langsung. Nadir bumi adalah bahan semulajadi dan radiasinya sama seperti radiasi daripada bahan-bahan semulajadi di sekeliling kita termasuklah makanan.

Bahkan sebenarnya Malaysia telah lama mengekstrak nadir bumi atau rare earth menerusi proses amang bijih timah. Sinaran radiasi daripada amang bijih timah sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding nadir bumi yang diekstrak oleh Lynas.

Para pemimpin Pakatan Rakyat sedang cuba menimbulkan persepsi kepada masyarakat bahawa Lynas dan Rare Earth adalah sebuah loji nuklear SEDANGKAN hakikatnya Lynas dan projek nadir bumi hanyalah sebuah kilang kimia.

China adalah pengeluar rare earth terbesar dunia yang menguasai 30%. China bagaimanapun mengenakan sekatan eksport dan import terhadap produk berkenaan yang digunakan secara meluas dalam banyak perkakasan elektronik, termasuklah teknologi diesel yang lebih bersih.

Dengan kata lain, produk akhir rare earth akan menyebabkan lebih banyak kilang-kilang elektronik yang terdapat di Pulau Pinang dan Selangor akan berpindah ke sekitar Gebeng, Kuantan tanpa perlu bergantung kepada lanthanides (antara produk akhir rare earth) yang terpaksa diimport dari luar dengan harga mahal.

Cerita tentang masalah kesihatan yang diakibatkan oleh projek nadir bumi adalah cerita dongeng daripada para pemimpin Pakatan Rakyat. Sebabnya, radiasi yang terhasil daripada rare earth jauh lebih rendah untuk mengakibatkan leukimia dan barah seperti yang didakwa berdasarkan laporan MOSTI dan AELB.

PAS nampaknya melihat LYNAS dan RARE EARTH sebagai modal berpolitik dengan mewujudkan persepsi dan ketakutan di kalangan orang awam. Sangat ketara apabila projek Rare Earth cuba digambarkan sebagai loji nuklear yang mudah bocor sana-sini!

Justeru, tindakan saman yang bakal dibuat akan menyerlahkan betapa BAGHAL dan BONGOKNYA para pemimpin PAS yang sebenarnya tidak tahu apa-apa, tetapi berlagak macam terlebih-lebih pandai....

Apa pun, elok jugalah PAS dan Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas LYNAS dan Rare Earth... kita nak tengok sejauh mana pandainya para pemimpin PAS bercakap tentang sesuatu yang tidak mereka mahiri tetapi mereka cuba menjadi juaranya sekaligus membuktikan PAS dan kewujudannya tidak mendatangkan sebarang kesan baik kepada rakyat Malaysia...

Agak malang kerana Malaysia mempunyai pembangkang yang tidak berilmu tetapi memandang semua perkara sebagai isu politik yang menguntungkan!!!

2 comments:

Anonymous said...

Puak2 ni bukannya bodoh tapi cerdik mengalahkan yahudi..(cerdik menipu)..
Beria2 bantah..tapi kalau menang kelak, selamba je dia teruskan projek trsebut ngan ngatakan tu ler jasa mereka.

Cam pusat bela babi..masa tak merintah, bising..tapi bila dah merintah, ok ler pulak malah beri sokongan lagi.

Calsberg, sebelum menang, pehh bukan main lagi mengutuk..tapi bila menang, siap leh tawar tanah lagi utk expansion!!

Anyway, sejak bila puak2 ni fikirkan utk kebaikan rakyat dan negara..

Anonymous said...

PAS ni pun jenis angguk je..
Bila org kabor sipolan2 ada duit kat bank Israel, terus percaya..
Bila org kabor apa saja buruk pasal mereka yg bukan PAS, segeralah percaya walaupun tiada bukti..walaupun menampakkan kebodohan mereka.

Blog Archive

Labels