Memang serba melawakkan alasan yang diberikan untuk menghalalkan demonstrasi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad berkata, proses menghalang demonstrasi adalah disebabkan UMNO takut dengan kebangkitan rakyat. Katanya lagi, demonstrasi BERSIH pada 2007, tiada seorang pun peniaga dan penjaja yang bankrap dan mereka masih boleh berniaga sehingga ke hari ini!
Habis tu, penganjur BERSIH 2007 yang disaman beratus juta ringgit tu, kenapa pula? Apasal tak cabar dakwaan berkenaan di mahkamah? Mengapa para penganjur habis menyorok dan melarikan diri serta tidak mahu bertanggungjawab? Bagaimana pula dengan tuntutan para peniaga pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang meminta Pakatan Rakyat bertanggungjawab dengan kerugian mereka pada hari demonstrasi tersebut? Apa jawapan yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat?
Bukankah Pakatan Rakyat menolak untuk bertanggungjawab sebaliknya memberi alasan bahawa demonstrasi tersebut bukan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, sebaliknya oleh satu badan lain yang sampai ke hari ini tidak dijelaskan dan dibuktikan!
Demonstrasi apa yang menyebabkan para peniaga akan mendapat keuntungan yang jauh lebih besar sebab orang ramai? Kamaruzzaman perlu memberikan bukti, bukannya menjadikan UMNO sebagai kambing hitam atas sikap tidak bertanggungjawab Pakatan Rakyat yang gila hendak berdemonstrasi kerana Polis Diraja Malaysia tidak menggunakan pendekatan yang digunakan oleh Polis Denmark untuk menyuraikan penunjuk perasaan!
Cakap-cakap tidak bertanggungjawab daripada orang seperti Kamaruzzaman, sebenarnya merupakan anasir subversif yang perlu 'dihilangkan' dari muka bumi ini. Kamaruzzaman seperti mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan berjuta lagi warga kota yang terpaksa berurusan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Mengapa perarakan tersebut tidak dibuat di Kota Bharu? Mengapa tidak dibuat di tengah-tengah Shah Alam? Atau mengapa tidak dibuat di bandaraya Tanjung atau nama sekarang Georgetown?
Mengapa di Kuala Lumpur? Kemudian mendakwa bahawa demonstrasi tidak merugikan para peniaga dan penjaja, walhal sebenarnya demonstrasi bukan sahaja merugikan peniaga dan penjaja, sebaliknya merosakkan banyak kemudahan awam seperti yang berlaku dalam demonstrasi-demonstrasi dari tahun 1969 sehingga 2007.
Kamaruzzaman itu mewakili PAS? Parti Islam Se-Malaysia? Mengapa pula orang yang BUKAN MENGAMALKAN AJARAN ISLAM dibiarkan menganggotai Parti Islam Se-Malaysia? Ajaran Islam yang mana yang mengatakan demonstrasi adalah benar? (RUJUK SINI)
Solat dan haji pun demonstrasi? Itu pendapat Nik Abdul Aziz yang mungkin melihat Allah Taala sebagai tempat tak berpuas hati!!! Manusia biasa yang mengaku hamba, takkan berani tak berpuas hati dengan Allah Taala! Membuat permohonan dan memohon, bukan bermakna berdemonstrasi, sebaliknya akur kerana diperintahkan!!!
Memang sesat dan menyesatkan pemikiran seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu. Carilah alasan lain selain alasan bangang yang mengatakan peniaga dan penjaja tidak rugi sebab orang datang ramai bila ada demonstrasi!!!!


0 comments:
Post a Comment