Monday, June 6, 2011

PROJEK ANWAR PALING BESAR, KURANGKAN BEKALAN GULA DAN TEPUNG!!!!

Cerita semakin kuat yang Anwar pergi berjumpa dengan Robert Kuok di Hong Kong. Robert Kuok merupakan orang paling kaya di Malaysia dengan penguasaan pembekalan gula dan tepung. Robert Kuok bagaimanapun, tidak tinggal di Malaysia sebaliknya lebih senang menghabiskan masa tuanya di Hong Kong walaupun setiap sen yang diperolehinya datang dari Malaysia.

Khabarnya juga, Robert Kuok yang juga 'merajuk' dengan Mahathir sedang dipujuk oleh Anwar Ibrahim untuk mengurangkan bekalan gula dan tepung di Malaysia. Sebabnya mudah, apabila gula dan tepung dikurangkan atau dinaikkan harga, Anwar akan lebih mudah menyerang UMNO-BN.

Sentimen rakyat akan mudah dibangkitkan menerusi makanan. Seperti yang kerap dilakukan oleh Anwar, dia akan memberikan janji bulan dan bintang. Kekurangan bekalan gula dan tepung akan diatasi dengan janji. Dan untuk membuktikan, Anwar akan meminta Robert Kuok untuk meningkatkan pengeluaran tepung dan gula. Sekaligus akan mewujudkan satu konspirasi bagi memenangi hati rakyat, terutama pada saat-saat hampirnya PRU13.

Persoalan sama ada Anwar benar-benar akan bekerjasama dengan Robert Kuok atau sebaliknya, kita akan dapat melihat pada perkembangan di negara ini tidak lama lagi. Anwar bising fasal harga minyak sebab dia tahu minyak akan terus naik harga di pasaran dunia. Anwar akan membayangkan yang dia adalah seorang yang terer bab-bab ekonomi. Katanya dia boleh menurunkan harga minyak di Malaysia, walaupun sebenarnya dia tidak akan mampu berbuat begitu, sekalipun Petronas adalah harta pusaka tok moyangnya!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template