Sunday, June 5, 2011

PUNYALAH BIADAP SEBAB DAH MENANG!!!

Masih belum habis lagi cerita tentang perhimpunan agung PAS atau dalam bahasa 'Islam atau Berkebajikan sekarang ini' Muktamar Agung PAS. Bab tak puas hati itu, memang menyusahkan telingalah. Dah sampai ke tahap tepu nak dengar cerita orang tak puas hati. Yang hairannya, sebelum ini ingatkan nombor telefon dah tak digunakan. Alih-alih sekarang, muncul pula dengan nombor yang sama. Ingatkan dah ghaibul ghuyub selepas bercengkerama dengan DAP dan PKR!

Hari ini cerita yang dituturkan adalah tentang Pengerusi yang tak semena-mena memecahkan tradisi dan adat yang dipegang bertahun-tahun. Menurut Sahibul Hikayat, selepas pengumuman keputusan dibuat, Pengerusi Tetap memanggil pemenang-pemenang mengambil tempat duduk penyandang-penyandang di atas pentas utama.

Akhirnya, penyandang-penyandang yang kalah terpaksa turun dengan muka bera merah padam dan akhirnya untuk menghilangkan malu, terpaksa keluar dari dewan bermuktamar.

Penulis dah jadi orang luar, tak boleh nak komen apa-apa sebenarnya. Ini masalah remeh dan bengek. Namun untuk menyampaikan hajat orang, tulis jugalah. Sekurang-kurangnya kalau orang berkenaan mati, mata pun terpejam rapat sebab hajatnya dah terkabul.

Mana-mana parti politik sekalipun selepas keputusan pemilihan utama dibuat, tidak pernah berkelakuan sepertimana yang dilakukan oleh PAS pada Muktamar kali ini. Barisan kepimpinan terdahulu masih dikekalkan sehingga berakhirnya majlis. Tak tahulah kalau PAS ada sistem, sebelum keputusan muktamar, semua penyandang jawatan perlu menyerahkan tanggungjawab masing-masing, fail masing-masing dan pejabat masing-masing kepada Pengerusi Tetap yang bakal dilantik.

Bagai kaduk naik junjung dan si kudung dapat cincin. Itu yang berlaku pada muktamar kali ini. Dan itu jugalah yang berlaku sebaik-baik sahaja PAS menang di Kelantan dan Terengganu. Perkara pertama yang dilakukan ialah menghalau semua musuh, termasuklah TADIKA, merampas balai raya, masjid, surau, dan kalau boleh sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Mujurlah sekolah-sekolah kerajaan ada 'autonomi'. Kalau tidak, itu jugalah yang akan berlaku.

Cerita banyak pun tak guna. Yang sohehnya, Pengerusi Tetap PAS itu memang tidak ada adab, tidak pernah tahu tentang adab walaupun di kepala bertenggek kepiah, walaupun mulut sering bercakap tentang Islam.

1 comments:

ahli pas perak said...

saya adalah seorang ahli pas dari perak . kisah ini diceritakan oleh seroang rakan saya yg pada awalnya turut sama dilibatkan dengan rancangan untuk menjatuhkan husam musa. Selepas rakan saya ketahui taktik kotor tersebut dia larikan diri dari mereka kerana tidak mahu terlibat dgn perkara2 fitnah.

kisah ini sengaja didedahkan pd saat2 akhir pertandingan&ditambah berbagai2 perisa supaya Nampak sedap oleh geng2 Nizar.

nizar tidak mahu husam menang kerana takut menjadi pesaingnya dalam pemilihan pas akan datang.nizar hendak menang dalam pemilihan ini &bercita2 utk bertanding jawatan timbalan presiden pas dalam pemilihan akan datang.DAP telah berjanji untuk bantu kewangan.

nizar nak pancung husam habis-habisan, kerana dia lihat husam boleh menghalang cita-cita besarnya kiranya husam juga menang bersama dia. Nizar kata sekiranya husam kalah karier politik dia akan hancur kerana telah kalah dua kali.

Norazli musa@pak janggut adalah salah seorang jentera nizar yang paling utama memainkan peranan penting ini utk bunuh karier politik husam.

Pada hari isnin 30.5.2011 norazli telah bertemu dgn seorang rakannya bekas org kuat pkr .

norazli telah memberi maklumat berhubung penyelewengan husam kepada rakannya itu utk dipanjangkan kpd blogger2. Semua skrip telah ditulis dgn begitu baik supaya senang difahami oleh blogger.

Bekas orang kuat pkr sampaikan kpd seorang blogger di perak dalam masa sama dia bocorkan maklumat itu dtg dari pihak nizar. tujuan org itu beritahu supaya taktik kotor politik dlm pas diketahu ramai.

berita itu sampai kpd blogger, mereka dedahkan maklumat pasal husam& siapa pemebri maklumat. dlm hal ini kerja blogger Nampak tersusun. 1pihak dedah husam&1 pihak dedah siapa pemberi maklumat.
husam nasib baik -cepat2 menafi-nizar pula diamkan diri. takut kerana rahsia telah pecah. Semasa muktamar pemuda ramai ahli2 pas telah berbisik sesama mereka apa yg dilakukan oleh nizar. Bisik2 &sms tersebar tentang taktik kotor nizar.

brita itu dibisik dari telinga ke telinga hingga ke saat perwakilan beratur sebelum membuang undi. Pasal itu nizar kalahdi tempat corot.

Bukan setakat kisah wang , byk lagi fitnah2 lain yg direka2 oleh orang nizar utk membunuh karier husam-termasuk kisah skandal dgn seorang wanita cina serta kunjungan husam ke tempat2 maksiat. Saya tidak mengetahui samada perkara itu benar atau fitnah-tetapi perkara itu imasuk dlm rancangan orang2 nizar utk bunuh karier husam.

Saya tak tahu saluran mana harus saya guna untk dedahkan perkara ini. Kalau saya ceritakan perkara ini kpd pemimpin2 pas tempatan -mereka minta kita diamkan & jgn cerita kpd sesiapa. kita akan dibaca dgn mcm2 surah & hadis supaya menjaga jamaah. saya terpaksa guna saluran komen di blog2. Tujuannya supaya pemimpin2 atasan pas tahu perangai2 kotor yg sdg menjalar dlm pas. Jangan hanya Nampak kuman di seberang laut tapi tak Nampak gajah dpn mata.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template