Bila dengar cakap orang tua ni, sudah dapat dibayangkan bahawa dia sedang meluahkan kemarahan dan kekecewaannya berhubung keputusan pemilihan agung PAS yang menyaksikan barisan kepimpinan baru terdiri daripada mereka yang hanya berkepiah putih sebab beragama PAS, bukannya sebab berpakaian begitu sebagai sunnah. Namun sebagai orang yang dikenali tersangat ego DAN BATU BESAR ADA DALAM DIA PUNYA KEPALA, maka Nik Abdul Aziz terpaksa mengeluarkan cakap-cakap seperti dia menyokong sangatlah dengan apa yang berlaku.
Antara kenyataan lawaknya ialah, UMNO tak tidur malam sebab Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS. Walhal Mat Sabu itu wujudnya sudah terlalu lama. Sudah basi dan jawatan Timbalan Presiden PAS yang diberikan kepadanya dilihat sebagai satu pampasan kerana nama Mat Sabu sudah terlalu lama tidak disenaraikan sebagai calon pilihanraya ekoran perangai hodohnya BERDUA-DUAAN DENGAN BINI ORANG dalam bilik hotel dengan hanya berseluar pendek dengan alasan mengurut!
Kalau difikirkan secara logik, kalau Nik Abdul Aziz yang dikatakan seorang yang berilmu tinggi pun, bebudak UMNO belasah semacam, apa sangatlah dengan Mat Sabu, yang jangankan pelajaran agama, akademik biasanya berterabur merata-rata tempat. Apa nak ditakutkan dengan tokoh pidato sebaliknya cukup sekadar memberikan sumbu dan minyak agar dia terus sibuk berpidato dan tidak pernah dapat membuktikan yang dia boleh bekerja.
Memang itu kerja UMNO... bila Anwar keluar dan beria-ia nak jatuhkan Mahathir, orang UMNO semuanya pakat menikus. Anwar naik tocang dan merata-rata tempat dia menabur fitnah. Tapi bila bebudak UMNO mula melawan, Anwar mulai lari daripada alignmentnya. Dia menggagau sana menggagau sini, semakin meroyan dan semakin lantang, tetapi semua berterabur. Sebelum 2008, nampaklah juga ada persamaan temberang Anwar tetapi sekarang, kalau dicantum-cantumkan, tak tahu yang mana satu kepala, yang mana satu ekor.
Itulah juga yang bakal berlaku kepada Mat Sabu. Taktik UMNO sekarang ini sangat mudah, serang sahaja Mat Sabu dan gunakan hujah-hujah yang digunakan oleh PAS sebelum ini. Bila dijawab, serang lagi dan gunakan hujah PAS juga... serang dan terus serang dengan menggunakan hujah-hujah PAS sendiri.
Akhirnya apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim, akan berlaku pula kepada Mat Sabu. Kalau Anwar terpaksa melindungi dirinya dengan video lucah, KONSPIRASI dan FITNAH, Mat Sabu juga mungkin juga akan menggunakan alasan yang sama untuk membela diri.
Itu cerita satu bab... bab yang lain...
Kepimpinan baru akan menampakkan Putrajaya lebih mudah kepada PAS. Kononnyalah...
Tapi Nik Abdul Aziz tidak mahu pula menceritakan tentang anak lelakinya, Nik Abduh yang sekarang menjawat jawatan Timbalan Ketua Pemuda? Tak mahu cerita tentang anak Abdul Hadi Awang, Khalil Abdul Hadi yang berjaya menjadi salah seorang AJK PAS Pusat pada ketika bapa-bapa mereka masih lagi di mercu kuasa.
Kononnya Islam sangatlah. Kononnya demokrasi sangatlah! Kononnya menentang kezaliman sangatlah. Kenapa tak diikut Nabi s.a.w, para Sahabat Ar-Rasyidin dalam hal melantik anak-beranak dalam kepimpinan parti?
Kalau dilihat amalan tersebut, baik lagilah UMNO. Sekurang-kurangnya anak para pemimpin UMNO naik selepas bapa mereka turun jawatan. Tidak pula bapa jadi Presiden, anak jadi Timbalan Ketua Pemuda - Kecuali Abdullah Badawi yang 'melantik' menantunya, Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Ketua Pemuda.
Takkan sebab anak dah dapat jawatan dalam parti di peringkat Pusat, maka peluang untuk menang dan menawan Putrajaya pun semakin cerah?
Tak payahlah cerita tentang kereta, enjin dan drebar... tu semua hanya retorik cerita karut dan kartun seorang Mursyidul Am. Kalau amalan dah tak setara dengan ilmu, termasuklah Nik Abdul Aziz sebagaimana salah seorang daripada mereka yang diazab dalam salah sebuah hadis panjang Samurrah bin Jundub r.a!!!!


0 comments:
Post a Comment