Sunday, June 5, 2011

TAHNIAH, PAS BERJAYA TARIK RAJA PETRA KAMARUDDIN!!!!!

Barisan baru kepimpinan utama PAS Pusat tidak sahaja menarik perhatian para pemimpin UMNO-BN, bahkan turut memikat Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal Malaysia Today dan si penulis upahan yang menulis tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu yang dikaitkan dengan Najib Abdul Razak serta Rosmah Mansor.

Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK menyatakan minatnya untuk bergabung serta bekerjasama dengan kepimpinan baru PAS menerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) yang diketuainya.

Nampaknya, blogger yang dikatakan murtad oleh sebilangan blogger pro-PAS, kini sudah kembali tertarik kepada 'ajaran Islam'. Seandainya kerjasama tersebut benar-benar wujud, pasti Raja Petra Kamaruddin akan bertukar menjadi Ustaz RPK kalau tidak pun Ulama RPK seperti gelaran yang dinikmati oleh Bob Lokman sekalipun pengetahuan agama bertaraf kuda longkang.

Kebebasan seringkali dijadikan modal oleh kebanyakan manusia yang cuba memisahkan diri daripada sistem biasa. Dan memandangkan Malaysia sudah diperintah oleh UMNO lebih 50 tahun, kebanyakan penentang UMNO-BN beranggapan negara ini telah dijajah oleh UMNO-BN. Apa-apa sahaja sekatan yang wujud menerusi undang-undang dianggap undang-undang UMNO-BN untuk menyekat kebebasan bersuara, sekaligus menjamin kemenangan UMNO-BN dalam setiap pilihanraya.

Persamaan ini ada pada RPK dan PAS. Justeru kerjasama antara RPK dan PAS sekiranya dapat disepadukan, pasti akan bertambah utuh. Kalau dengan DAP dan PKR pun PAS boleh bersatu dan bersetubuh, malah bertindak lebih dari DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, apa salahnya jikalau RPK yang sudah tertarik dengan 'ajaran Islam', bercantum serta bekerjasama pula dengan PAS.

Untuk seketika ini, kerjasama tersebut akan dilihat sangat cantik, hidayah Allah Taala kepada RPK dan sebagainya yang muluk-muluk. Namun jikalau kerjasama tersebut gagal di tengah jalan, RPK pula yang harus beringat. Besar kemungkinan dia akan dianggap sebagai 'UMNO Planted' yang digunakan untuk memusnahkan PAS.

Teori yang kerap digunakan oleh Zionis untuk menakluk dan menjarah tanah Palestin, kini sedang digunakan secara meluas oleh puak-puak PAS apabila mereka dalam keadaan terkepit dan tidak mampu memberikan jawapan yang tidak memihak kepada mereka!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template