Taktik bikin havoc dan kemudian menyalahkan UMNO, masih berterusan. Kali ini, Tian Chua pula yang terbabit. Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana Tian Chua telah memalsukan gambar Najib Abdul Razak bersama-sama Altantuya Shiiribu dan Razak Baginda. Gambar itulah yang dijaja-jaja dan dijadikan bukti bahawa Najib Abdul Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya dengan seribu satu macam kaitan yang dibuat.Malah gambar itu jugalah yang dikatakan Anwar Ibrahim sebagai bukti dalam ceramah-ceramahnya di seluruh Malaysia. Sehingga kini, Anwar Ibrahim tetap menjadikan gambar tersebut sebagai bukti meskipun Tian Chua secara terbuka telah mengakui bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab memalsukan gambar terbabit.
Kini Tian Chua muncul lagi. Kali ini Tian Chua mengadu yang e-melnya telah disalahgunakan dan ada penyamar yang menggunakan e-melnya untuk menyebarkan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. (BACA DI SINI)
Kini Tian Chua muncul lagi. Kali ini Tian Chua mengadu yang e-melnya telah disalahgunakan dan ada penyamar yang menggunakan e-melnya untuk menyebarkan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. (BACA DI SINI)Konon-kononnya, UMNO telah menggunakan e-mel Tian Chua dan menghantar klip video Anwar Ibrahim membalun China Doll kepada sebahagian besar pemimpin PKR.
Sebenarnya dalam hal ini, Tian Chua sebenarnya wajar diragui. Sebabnya, dia pernah menfitnah Najib Abdul Razak dengan begitu dahsyat tanpa sebarang tindakan, sama ada daripada Najib Abdul Razak mahupun daripada UMNO sendiri.
Sekarang, dalam apa cara sekalipun, UMNO sentiasa dikaitkan dengan perbuatan jahat dan menjijikkan. Tidak mustahil bagi Tian Chua untuk mengulangi perangai lamanya. Cuma kali ini dia menggunakan Anwar Ibrahim pula sebagai modal. Apatah lagi di sana sini di seluruh Malaysia, video lucah Anwar Ibrahim tersebar dengan meriahnya, walhal ramai ahli UMNO yang tertanya-tanya di mana hendak mendapatkan video berkenaan.
Mengapa agaknya, video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim banyak melibatkan para pemimpin PKR, bukannya pemimpin-pemimpin parti lain? Cuma sesekali kita mendengar pemimpin DAP dan PAS yang menerimanya, namun pada masa yang sama, pemimpin PAS dan DAP berkenaan adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim!
Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang juga mendakwa dia turut menerima sekeping CD Video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim di kotak peti surat rumahnya. Jiran-jirannya tidak pula menerima video berkenaan, padahal kalau benar UMNO yang hendak melakukannya, mengapa tidak disebarkan sahaja kepada jiran-jiran Zuraidah Kamaruddin, memandangkan yang mengundi dan memberi kemenangan kepada Zuraidah Kamaruddin adalah pengundi-pengundi di Ampang, bukannya pemimpin-pemimpin PKR?
Taktik menyebarkan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dan kemudian menyalahkan UMNO sebenarnya sudah sangat lapok. Yang biasa buat perangai sebegitu adalah PKR.
Justeru, tidak mustahil video-video lucah berkenaan sebenarnya adalah ciptaan pemimpin-pemimpin PKR sendiri yang cuba mendapatkan simpati dan menyalahkan UMNO kononnya UMNO tidak bermoral, walhal dalam banyak hal, pemimpin yang paling tidak bermoral adalah pemimpin PKR.
Contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim dan Tian Chua yang dilaporkan ditangkap oleh kawan-kawannya ketika mengejar Ahli-Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak di Taiwan untuk MIMPI 16 SEPTEMBER bersama-sama Elizabeth Wong.


0 comments:
Post a Comment