Unit Gerak Gempur dijenamakan semula dengan Briged Kesatria. Ketuanya adalah Khairy Jamaluddin. Tugas Briged Kesatria adalah untuk menjaga keselamatan, menyuntik semangat dan menjalani latihan bagi pemimpin pelapis.Dan ia dianggap sebagai unit elit yang dianggotai oleh Pemuda UMNO bawah 30 tahun. Dijangkakan lebih 30,000 orang akan menyertainya.
Itu kata Khairy Jamaluddinlah... kata-kata yang penuh retorik dan kata-kata yang tidak pernah berpijak ke bumi nyata.
Bertukar jenama sahaja tidak ada gunanya jikalau anggota-anggota unit berkenaan beranggapan, mereka adalah kepala segala jeneral yang mempunyai ahli-ahli setia yang jumlahnya ratusan ribu orang di bawah. Tak kiralah tukar dari gerak gempur menjadi Briged Kesatria atau Kumpulan Pondan-Pondan Bertelur mahupun Cakap Banyak Kerja Tak Jalan.
Yang pastinya, Pemuda UMNO masih lagi lembab walaupun Khairy sudah lebih tiga tahun memegang jawatan Ketua Pemuda. Segala macam unit ditubuhkan di bawah Khairy Jamaluddin, tetapi nampaknya kerjasama yang diperlukan, tidak diperolehinya. Bukan itu sahaja, Khairy Jamaluddin mempunyai satu masalah lain yang sangat besar iaitu kelibatnya sahaja sudah cukup membuatkan orang membencinya walaupun dia tidak bercakap, walaupun dia tidak berbuat apa-apa. Cukup sahaja dia menampakkan bayang, maka menderu-derulah caci maki kepadanya walaupun dia cuba berbuat baik dan cuba membuktikan bahawa dia memang seorang Pemuda UMNO berjiwa Melayu yang sangat kekok kemelayuannya!
Sebenarnya, rakyat dan bakal pengundi bukan peduli jenama atau nama hebat apa pun yang diberikan kepada unit berkenaan, sebaliknya para penggemar UMNO yang sudah mula patah hati, ingin melihat pembesar-pembesar UMNO, khususnya golongan Pemuda turun ke bawah untuk menjalani kehidupan rakyat biasa. Bukannya berlagak dengan kereta-kereta mewah mahupun motorsikal-motorsikal hebat.
Pemuda UMNO perlu jadi marhein semula. Perlu lebih dekat dengan majoriti rakyat, bukannya menjadi elitis yang makan nasi dengan kicap berlaukkan telur rebus adalah sejenis makanan eksotik!!!


1 comments:
Rebranding lagi...
Tolonglah fahamkan bahawa UMNO perlu transformasi menyeluruh - daripada sikap kepada perwatakan, daripada penampilan kepada pendekatan.
Tukar nama saja tak cukup. Cukuplah...nama yang dok ada skrg pun dah cukup banyak dan cukup mencelarukan.
Tkasih
http://jomgodam.blogspot.com
Post a Comment