Thursday, June 9, 2011

UMNO AKHIRNYA MENYERAH KALAH! PAS BOLEH TAKLUK FELDA DENGAN BEBAS!!!

Antara kelemahan utama UMNO ialah mudah berpuas hati dengan kerja-kerja mereka. Mungkin kerana lemak sudah terlalu tebal memandangkan setiap kali pilihanraya UMNO tidak pernah gagal untuk menjadi kerajaan walaupun pada 1969 dan 2008, UMNO hampir menjadi pembangkang, maka banyak isu yang sepatutnya UMNO tangani secara lebih serius, akhirnya dibiarkan begitu sahaja.

Sebaliknya UMNO akan mula bertungkus lumus apabila pilihanraya semakin hampir. Pada masa itu, beramai-ramailah para pembesar UMNO turun ke suatu kawasan di samping memberi perhatian luar biasa kepada isu yang sebenarnya boleh ditangani lebih pantas dan lebih mudah.

Alasan para pembesar UMNO apabila didesak kadangkala sangat melucukan dan sangat tidak masuk akal. Kata mereka, politik sepanjang masa, bukanlah UMNO. Itu PAS, itu PKR, itu Pakatan Rakyat.

Masalahnya ialah, semua orang UMNO beranggapan mereka adalah sebahagian daripada pentadbir dan kerajaan. Kerja-kerja mereka ialah kononnya memajukan negara dengan segala macam perancangan dan projek. Jadi, kerja-kerja berpolitik DISERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA PAS.

Itulah yang berlaku di FELDA. Kali terakhir UMNO bersungguh-sungguh menangani masalah para peneroka dan kelihatan sangat mengambil berat tentang peneroka FELDA adalah pada pilihanraya kecil Kerdau yang menyaksikan calon UMNO-BN menang besar mengalahkan calon PAS sungguhpun PAS telah berkempen di kawasan FELDA bertahun-tahun sebelum itu tanpa sebarang promosi.

Sungguhpun PAS kalah dalam perebutan kerusi di DUN Kerdau, namun dalam jangka panjang, PAS sebenarnya telah menanam saham yang paling besar dan paling menjamin apabila ANAK yang dipimpin oleh Mazlan Aliman yang merupakan AJK PAS Pusat yang paling banyak menerima undian, diberikan promosi dan kewujudan mereka mula diketahui oleh para peneroka.

Kalau dahulu ANAK sekadar bergerak di kalangan orang PAS, tetapi pendedahan dan promosi berlebihan terhadap ANAK, menyebabkan peneroka-peneroka yang tidak pernah ambil tahu pun, sekarang sudah menyatakan minat untuk memerhati apa sebenarnya ANAK dan mengapa MAZLAN ALIMAN begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pengaruh di kalangan para peneroka FELDA.

Selepas Kerdau dan selepas Tenang, semakin jarang kedengaran para pemimpin UMNO turun ke tanah-tanah rancangan FELDA untuk bertemu dengan para peneroka di samping menangani masalah para peneroka. Biarpun mungkin alasan yang boleh diberikan ialah, takkan semua benda yang dibuat kepada peneroka FELDA perlu diuar-uarkan, sebenarnya jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah, UMNO MESTI MENCERITAKAN WALAUPUN HANYA MELETAKKAN SEKETUL BATU DI HADAPAN TANGGA RUMAH PARA PENEROKA.

PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak melakukan apa-apa, sebaliknya beretorik sepanjang masa. Mazlan Aliman tidak berminat dengan masalah para peneroka sebaliknya melihat sebarang isu yang timbul di kalangan para peneroka sebagai keuntungan besar sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun pengaruh.

Namun Mazlan Aliman, ANAK dan Pakatan Rakyat tidak jemu-jemu masuk keluar dari satu FELDA ke satu FELDA di seluruh negara pada sepanjang masa.

Sewajarnya UMNO meneruskan kerja-kerja mereka, bukannya setakat berkonvoi dengan motosikal dan kereta mewah pada musim pilihanraya semata-mata. Gelombang Merah yang digerakkan oleh Wanita UMNO Malaysia yang diketuai oleh Shahrizat Jalil dan Hamidah Osman, sewajarnya diteruskan oleh Wanita UMNO tempatan.

Dan sebulan atau seminggu sekali pemimpin UMNO tempatan harus melakukan aktiviti untuk benar-benar mengambil hati para peneroka FELDA memandangkan FELDA memang fixed deposit UMNO yang tegar.

Fixed deposit sehebat mana sekalipun, kalau tidak dijaga, akan dirompak orang juga suatu hari nanti.

Apa yang dapat dilihat sekarang, UMNO sebenarnya sedang berkompromi dengan PAS untuk menyerahkan SEMUA KAWASAN KUBU KUAT mereka selama ini kepada PAS dengan semudah-mudahnya.... kita boleh perhatikan, dari Perlis sehinggalah ke Sabah... apa yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO, bukannya menarik penyokong, bahkan penyokong sedia ada pun semakin menjauhkan diri....

Yang mereka sibukkan ialah melobi untuk jadi calon wakil rakyat dan mendapat tempat dalam perjawatan utama UMNO!!!

1 comments:

Anonymous said...

Jika ni benarlah perangai pempin2 UMNO..maka UMNO sedang hadapi saat2 genting atau kejatuhan spt mana empayar2 dahulu kala..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template