Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7 tahun, sudah lama meninggal dunia. Kematiannya begitu tragis. Anak yatim tersebut telah diikat dan dibelasah selama 2 jam tanpa perikemanusiaan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi, Perlis. Dan sekolah berkenaan milik penuh Parti Islam Se-Malaysia atau PAS. Meskipun lelaki tersebut telah ditahan dan bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh, namun yang dikesalkan sekarang ialah sikap lepas tangan para pemimpin PAS. Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin pada 4 April 2011 telah membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kejadian kejam yang berlaku di sekolah milik PAS itu.
Namun permohonan maaf yang dibuat oleh Hashim Jasin segera dikaburkan oleh pencacai-pencacai PAS yang segera membela suspek, sebaliknya menyalahkan mangsa yang baru berusia 7 tahun selain menyatakan sebab kematian adalah sawan, bukannya dibelasah!
Mujurlah PAS sekarang sudah tidak memperjuangkan Negara Islam lagi sebaliknya Negara Berkebajikan. Mungkin kisah hudud dan qisas memperlihatkan ketongongan kebanyakan pemimpin PAS, terutama yang mengeluarkan fatwa, hukum berkenaan hanya untuk orang Islam dan bukannya untuk bukan Islam, maka tidak adalah cerita tentang betapa adilnya untuk mangsa dan bapanya jikalau hudud dan qisas dilaksanakan membabitkan Ustaz PAS tersebut.
Apabila salah seorang wakil dari Dewan Muslimat PAS Pusat mengeluarkan cadangan agar kerajaan mewajibkan Pendidikan Islam sebagai syarat sijil, maka tragedi yang berlaku di Jejawi dan tidak langsung disebut dalam Dewan Muktamar, barangkali ada hubungkaitnya dengan kelemahan ini.
Para penyokong dan ahli PAS, sekalipun kerap diperdengarkan dengan tazkirah, kuliah dan taalim agama, namun kalau diperhatikan kepada amalan mereka, bagaikan ke longkang. Ilmu adab Islam langsung tidak dipraktikkan. Sedangkan sebagai golongan yang kononnya menjunjung dan memartabatkan Islam, seharusnya mereka jauh lebih baik berbanding orang lain.
Malangnya, apa yang berlaku ialah, mereka yang kononnya menentang kemungkaran, menggunakan kemungkaran pula untuk mencapai maksud tersebut. Dengan sewenang-wenangnya mereka melabelkan orang yang tidak mahu menyokong PAS sebagai bodoh, taghut, kafir, Islam plastik dan sebagainya. Amat menyedihkan melihat akhlak golongan PAS.
Itu belum lagi kisah ketamakan dan keserakahan yang ditunjukkan oleh golongan yang tidak pernah lekang dengan kepiah putih dan serban ini. Cerita tentang zuhud tetapi akhirnya yang mereka pakai adalah kemewahan. Rumah di depan rumah kampung dan gambar itulah yang dijaja-jaja, tetapi bahagian belakang rumah pula, ialah kemabukan kepada kemewahan dunia.
Menariknya, puak-puak ini jugalah yang mengutuk kaum UMNO yang berumah besar secara terang-terangan!
Mungkin semua itu berlaku sebab Pendidikan Agama Islam tidak dijadikan matapelajaran wajib seperti yang dikatakan oleh wakil Dewan Muslimat PAS Pusat itu....
Agaknya la!


0 comments:
Post a Comment