Seorang remaja, Sarfaraz Shah merayu sebelum ditembak oleh paramilitari di Karachi, Pakistan. Pasukan Renjet berkata, remaja tersebut ditangkap ketika sedang merompak seseorang. Dakwaan tersebut dinafikan oleh ahli keluarga mangsa.
Satu inkuiri membabitkan pasukan keselamatan sedang dijalankan selepas pembunuhan lima orang lelaki Chechen yang tidak bersenjata bulan lepas.
Video pembunuhan Sarfaraz Shah telah disiarkan secara meluas di televisyen Pakistan dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Di dalam video tersebut, seorang remaja berbaju t hitam telah diseret dari sebuah taman awam oleh seorang lelaki yang berpakaian biasa. Dia kemudiannya ditolak di hadapan sekumpulan Renjer Sindh, sebuah pasukan separa tentera yang beruniform dan lengkap bersenjata. Remaja yang tidak bersenjata itu, merayu agar tidak diapa-apakan apabila salah seorang Renjer mengacukan muncung senapang ke tengkuknya.
Tidak lama kemudian, seorang Renjer menembaknya sebanyak dua kali dari jarak dekat mengenai pahanya. Remaja itu jatuh ke tanah, mengalami pendarahan yang teruk dan merayu agar diselamatkan.
Pasukan separa tentera itu terus berada berhampirannya tetapi tidak melakukan apa-apa untuk membantunya. Remaja tersebut meninggal dunia akibat kecederaannya.
Abang mangsa, Salik Shah berkata, Sarfaraz merupakan mangsa pembunuhan kejam.
"Adik saya yang tidak bersalah telah dibunuh oleh Renjer dengan kejam," katanya. "Ancaman apa yang dilakukannya kepada orang lain?"
"Jenayahnya ialah dia berada di taman awam kerana bekalan elektrik terputus di rumah."
Tidak jelas, siapakah yang telah melepaskan tembakan dalam video berkenaan tetapi sesetengah laporan mengatakan jurugambar yang merakamkan insiden tersebut sekarang sedang bersembunyi!


0 comments:
Post a Comment