Wednesday, June 8, 2011

WAKIL AZMIN ALI TERLIBAT ISU VIDEO SEKS LUCAH, MENGAMUK SAKAN!!!

Seorang Ahli Majlis yang diketahui merupakan orang kuat Azmin Ali, atau lebih tepat lagi, wakil Azmin Ali dalam penjarahan projek di MPAJ sedang mengamuk sakan. Bukan kerana mengamuk akibat projek tak dapat, tetapi untuk memastikan kroni-kroni PKR menyapu bersih kesemua projek serta tender-tender baru membabitkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Ahli Majlis atau lebih tepat lagi bekas Ahli Majlis ini pernah dikaitkan dengan gambar-gambar lucah membabitkan salah seorang kakitangan MPAJ dan telah diheret ke mahkamah, merupakan orang yang 'paling penting' di MPAJ selepas YDP dan Pengarah Jabatan Perbandaran.

Dia merupakan orang hubungan Azmin Ali dan wakil Zuraidah Kamaruddin. Darinya, segala projek dan tender yang dikeluarkan akan diberikan kepada kaum kroni. Menariknya, dia merupakan kunci kepada segala projek di seluruh Ampang Jaya.

Satu perkara yang sangat jelas ialah, mangkuk ini sebenarnya adalah seorang PENAGIH GANJA TEGAR. Mungkin memandangkan dia adalah wakil Azmin Ali, maka penagihan ganjanya tidak menjadi soal. Apatah lagi, hubungan rapatnya dengan Azmin Ali, bukan sahaja turut menarik minat para kontraktor tetapi juga pembesar-pembesar MPAJ sendiri seperti yang dikaitkan dengan Sarodin Sahri.

Sarodin Sahri dan YDP MPAJ, dikatakan membolot segala projek dan tender di MPAJ selain memastikan projek-projek tersebut diserahkan kepada kaum kerabat Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali dalam usaha mengambil hati.

Itu yang TFK berjaya perolehi dari dalam MPAJ sendiri....

Yang pastinya, cerita tentang skandal dan penyelewengan di MPAJ, tidak akan terhenti setakat ini. Pastinya akan ada pihak yang akan menyambut dan memanjangkannya.

Pakatan Rakyat Selangor seringkali mencanangkan bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang telus, adil dan berpegang teguh kepada undang-undang serta tidak rasuah. Malangnya apa yang berlaku di MPAJ, MPSJ, MPS dan MPSA adalah sebaliknya!

Pendedahan susulan akan dibuat!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template