Ekoran pendedahan demi pendedahan dibuat oleh KUKU KAKI, khabar dari Menara MPAJ di Pandan Indah amat menarik untuk dihebahkan. Pengarah Jabatan Perbandaran, Sarodin Sahri juga dikhabarkan sedang duduk di atas bara. Serba tak kena, terutama apabila rancangan pembolotan tender dan kontrak telah pun diketahui dan helah memanggil kontraktor-kontraktor untuk sesi taklimat didedahkan sebagai satu retorik murahan memandangkan keputusan dan pemilihan kontraktor baru telah pun dibuat. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Dato' Mohamad Yaacob atau dikenali sebagai Mat Yaakob Ubi Kayu adalah orang yang paling resah. Pendedahan yang dibuat tidak hanya berkisar tentang salah laku tetapi juga beberapa perkara lain, termasuklah keinginan untuk membalas dendam terhadap penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya yang telah menyamannya kerana membuat tambahbina rumah yang tidak diluluskan.
Khabarnya Mohamad Yaacob jadi macam cicak tertelan kapur, terkebil-kebil apabila Dato' Khusrin dilantik sebagai SUK dan Dato' Asmawi Kasbi menjadi YDP MBSJ, menggagalkan rancangan besarnya untuk membalas dendam.
Menara MPAJ mulai panas. Satu 'Suruhanjaya' dalaman telah dibentuk untuk menyiasat, siapa sebenarnya yang membocorkan rahsia YDP dan Sarodin. Malah satu siasatan dibuat siapa KUKU KAKI. Sebabnya, maklumat-maklumat yang disalurkan oleh Geram Sungguh menerusi Blog KUKU KAKI merupakan maklumat dalaman yang hanya diketahui oleh kakitangan yang bertugas di Menara MPAJ atau mereka yang pernah menjadi Ahli Majlis.
Tindakan YDP dan 'suruhanjaya' berkenaan amat melucukan. Apa yang kelam-kabut sangat kalau benar tidak ada kebocoran, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan salah laku di MPAJ?
Bagaimana pula dengan cerita tentang jurutera yang bertanggungjawab yang langsung tidak peduli dengan keadaan jalan di seluruh Ampang Jaya kerana terlalu asyik bercinta dengan isteri orang?
Siasat tu siasat sajalah, jangan sampai menganiaya kakitangan yang tidak bersalah, sudahlah... sekarang adalah zaman Pakatan Rakyat di Selangor. Walaupun YDP dan Sarodin merupakan kakitangan JPA, jangan fikir segala kesalahan boleh terlepas begitu sahaja. Kalaupun dilepaskan oleh Pakatan Rakyat, terutama menerusi campurtangan Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali, belum tentu mahkamah Allah Taala akan melepaskan kezaliman berkenaan, sama ada di dunia apatah lagi di akhirat kelak.


1 comments:
Zaman Kebajikan sekarang..pakat2 le buat kebajikan bebanyak, khususnya utk diri sendiri.
Post a Comment