Banyak sangkut-pautnya apa yang berlaku di Selangor dengan para pemimpin PKR yang selama ini sering melaung-laungkan keadilan, ketelusan, kesamarataan dan sebagainya. Kalau di Subang Jaya, Roslan SMS dah mengatur dan membariskan kontraktor-kontraktor yang bernaung di bawahnya untuk mengambilalih kerja-kerja kontrak pembersihan di daerah tersebut selepas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim 'melupuskan' semua kontraktor-kontraktor Kelas F, di Ampang Jaya juga perkara yang sama berlaku. Khabarnya, di Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR pula yang menjadi tok dalangnya. Banyak sangat ceritanya yang perlu dipaparkan di sini. Tetapi kalau teringin juga nak baca, pergi sajalah ke BLOG KUKU KAKI. Blogger berkenaan ada ceritanya.
Yang menariknya ialah, sikap serakah Zuraidah Kamaruddin tidak akan pernah habis untuk diceritakan. Ramai di Ampang yang mengeluh. Bahkan orang-orang YB Khassin juga dengar khabarnya sangat tidak menyenangi Zuraidah Kamaruddin. Kata mereka, si Lampir (entah siapa yang memulakan gelaran ini tetapi gelaran ini popular di Ampang), sangat menyusahkan. Dia sentiasa fikir yang dia adalah tuan puteri jelita yang perlu dilayan dengan penuh hikmah.
Paling kerap diperkatakan tentang Zuraidah Kamaruddin ialah hubungannya dengan beberapa orang yang diketahui mempunyai kaitan dengan MAFIA AMPANG. Nama-nama seperti Sooria, Nallan dan Suprimany mempunyai kaitan rapat dengan Zuraidah Kamaruddin. Salah seorang daripada mereka adalah Ahli Majlis MPAJ.
Adakah Zuraidah membela samseng-samseng ini? Timbul persoalan, apakah samseng-samseng yang bersembunyi di dalam jubah Zuraidah, sebenarnya menjadi senjata paling ampuh untuk Zuraidah 'berkuasa' di Ampang?
Satu persoalan yang perlu diperjelaskan oleh wanita kelahiran Singapura yang baru menjadi rakyat Malaysia pada awal tahun 80-an itu.
Perlu diingat, Ampang memang kawasan panas. Panas kerana segala macam kegiatan jenayah ada di sini walaupun majoriti penduduknya masih lagi Melayu! Dan kegiatan jenayah membabitkan samseng-samseng India pula semakin menjadi-jadi, terutama selepas kemenangan Zuraidah Kamaruddin sebagai Ahli Parlimen Ampang!


0 comments:
Post a Comment