Wednesday, July 6, 2011

AIK!!! MURSYIDUL AM PUN JADI PEMBOHONG JUGAK?

Ingatkan bila dah bertaraf Mursyidul Am, terjagalah lidahnya daripada berbohong atau paling tidak pun atas nama orang politik, meminimakan pembohongan yang sudah menjadi darah daging. Rupa-rupanya serban sahaja besar, lidah dan hati tidak pernah kemas seperti ikatan serbannya. Kalau ada ruang untuk berbohong, itulah yang akan dilakukan.

Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa sokongan 'rakyat' terhadap BERSIH 2.0 tidak akan terjejas walaupun terpaksa mengadakan demonstrasi di dalam stadium. Bahkan katanya lagi, titah SPB Yang Dipertuan Agong telah menyebabkan UMNO-BN tidak dapat menggunakan istana lagi sebagai alat.

Apa punya temberanglah orang tua seorang nih!!!

SPB Yang Dipertuan Agong dalam titah khas baginda, sangat jelas menyatakan agar BERSIH 2.0 yang dirancang untuk melakukan demonstrasi di jalanan segera dibatalkan. Manakala tawaran untuk membuat perhimpunan dalam stadium datangnya daripada Najib Abdul Razak dan cadangan tersebut telah lama diutarakan sebelum KDYMM Yang Dipertuan Agong mengeluarkan titah khas lagi.

Bahkan baik Pemuda UMNO mahupun PERKASA atau badan-badan lain yang menentang BERSIH 2.0, semuanya menuntut agar BERSIH 2.0 tidak melakukan demonstrasi di jalanan, sebaliknya mengadakan perhimpunan di tempat tertutup.

Malangnya, para penganjur BERSIH 2.0 yang diketuai oleh Ambiga terlalu keras kepala dan sehingga ditegur oleh SPB Yang Dipertuan Agong, barulah MAHU TERIMA TAWARAN NAJIB ABDUL RAZAK untuk mengadakan demonstrasi dalam stadium.

Sebelum ini, apa kata Khalid Ibrahim ketika tawaran perhimpunan BERSIH 2.0 dibuat di stadium?

Khalid Gagap kata, berhimpun di dalam stadium tidak cukup 'ummmphhh'... sebaliknya perhimpunan akan lebih bermakna dengan demonstrasi di jalanan dan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kesian Mursyidul Am PAS yang seorang ini... lidahnya bukanlah untuk membela kebenaran tetapi sangat tebal dengan sifat ASSOBIYYAH.... itu pasallah dia bersusah payah mengeluarkan 'paktua' tentang halalnya demonstrasi, tentang tafsiran ASSOBIYYAH yang sama sekali bertentangan dengan apa yang telah diterangkan oleh Nabi s.a.w seolah-olah Nik Abdul Aziz ingin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang bodoh dan dia lebih layak sebagai Nabi!!!

Kalaulah dari awal lagi BERSIH 2.0 dan Pakatan Rakyat menerima cadangan untuk membuat demonstrasi atau perhimpunan di stadium, pastinya keadaan tidak sekecoh sekarang. Ternyata, kedegilan Pakatan Rakyat telah menyebabkan mereka melihat sendiri bagaimana rakyat Malaysia yang selama ini duduk diam dan tak peduli, keluar ke jalan raya. Bahkan sebahagian besar daripada mereka adalah golongan muda yang dikatakan selama ini menyokong Pakatan Rakyat!!!

Kalau Mursyidul Am PAS seorang yang benar-benar beriman, pastinya dia sedang melihat Af'al Allah Taala dengan penuh keinsafan, bukannya makin mengarut dan makin menyesatkan!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template