Khalid Ibrahim sebelum ini dipuji melambung-lambung sebab Khalid telah mencuri duit kerajaan negeri untuk membiayai demonstrasi BERSIH 2.0 yang dirancang di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kata Khalid Ibrahim, demonstrasi tersebut penting dan ianya adalah hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Tetapi apabila demonstrasi tersebut dipindahkan ke stadium dan Shah Alam dicadangkan sebagai lokasi, Khalid Ibrahim segera memberikan syarat. Syaratnya adalah sama seperti syarat yang diberikan oleh Najib Abdul Razak...
Apa sudah jadi?
Bila nak dibuat di tengah-tengah Kuala Lumpur, semuanya dihalalkan tetapi bila nak dibuat di negeri Pakatan Rakyat, tiba-tiba sahaja ada syarat yang perlu dipenuhi? Kenapa tidak dilayan sama seperti ketika demonstrasi itu dirancang untuk menghuru-harakan Kuala Lumpur?
Stadium Shah Alam adalah lokasi yang paling sesuai. Ditambah pula dengan permukaan padangnya yang sudah rosak seperti rosaknya akhlak para pencacai Pakatan Rakyat, maka sesuai sangatlah demonstrasi BERSIH 2.0 dibuat di situ. Setidak-tidaknya para demonstrator boleh membantu meratakan padang dan membaiki mana-mana bahagian padang yang rosak.
Sepatutnya Khalid Ibrahim tidak memberikan sebarang syarat, tetapi sangat mengalu-alukan kesudian demonstrasi BERSIH 2.0 hendak dibuat di negerinya dan di Stadium Shah Alam. Malah elok juga kalau Khalid Ibrahim berpakat dengan Lim Guan Eng untuk membenarkan stadium di Pulau Pinang turut dijadikan sebagai lokasi demonstrasi.
Masalahnya, Lim Guan Eng yang sibuk mengajar orang lain tentang keterbukaan dan perlunya menerima demonstrasi sebagai salah satu cara menggunakan hak kebebasan bersuara, awal-awal lagi sudah melabelkan 2000 orang yang berdemonstrasi di jalan raya di KOMTAR sebagai samseng, sehinggakan wartawan Malaysiakini terpaksa mengada-adakan cerita kononnya, perarakan tersebut telah memecahkan cermin-cermin kereta di setiap laluan mereka. Kalau orang lain dikatakan samseng, mengapa pula Lim Guan Eng tidak mempelawa BERSIH 2.0 membuat demonstrasi di tengah-tengah Bandaraya Georgetown?
Kesian para pencacai Pakatan Rakyat... pemimpin-pemimpin mereka semuanya cakap tak serupa bikin!!!


0 comments:
Post a Comment